Bella Kuan Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose - Glam Malaysia

Bella Kuan Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Sebagai seorang content creator dan usahawan berjaya, Bella Kuan menjadi sumber inspirasi wanita. Kesibukannya tidak menghalang dirinya untuk memiliki rambut bersinar dan sihat.

Dalam dunia personaliti media sosial dan usahawan jenama kecantikan. Bella Kuan menganggap segalanya perlu beraksi dengan pantas. Pendekatan dinamiknya telah menjadi sumber inspirasi setiap wanita. Walaupun mempunyai kerjaya yang sibuk, namun itu tidak menghalang Bella untuk miliki rambut yang sihat lagi menawan. Baru-baru ini, Bella mendedahkan rahsianya untuk mengekalkan rambut sempurna. Koleksi Kérastase Symbiose merupakan rangkaian produk penjagaan rambunya yang telah menjadi sebahagian daripada rutin kecantikannya.

Bagi Bella, kulit kepala kelemumur adalah masalah besar yang memerlukan penyelesaian tanpa menjejaskan gaya rambutnya. Koleksi Kérastase Symbiose terbukti keberkesanannya dan menjadi pilihan abadinya. Rangkaian ini menawarkan transformasi yang selamat dan efektif untuk kulit kepalanya malah menukar versi diri yang baharu dan lebih yakin.

Bella Kuan

Untuk pengetahuan anda, koleksi ini anda akan menemui tiga bahan penting iaitu salicylic acid, piroctone olamine dan bifidus. Salicylic acid bagus untuk proses pengelupasan dan mengawal pembentukan sebum. Itulah sebabnya ia sangat popular dalam penjagaan kulit wajah yang berjerawat. Turut sama fungsi untuk kulit kepala, yang membantu menghilangkan sel kulit mati dan kepingan sedia ada. Piroctone olamine dan bifidus pula sebagai pertahanan dengan menghapuskan bakteria yang bertanggungjawab untuk memperlahankan kelajuan pembaharuan sel. Malah menyuburkan bakteria kulit kepala dan cegaj kemunculan semula kelemumur.

Artikel berkaitan Ameera Khan Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Koleksi Kérastase Symbiose merupakan rangkaian produk penjagaan rambunya yang telah menjadi sebahagian daripada rutin kecantikannya.

Pilihan wajib menerusi koleksi ini adalah Intensive Anti-Dandruff Cellular Night Serum. Hanya dengan kegunaan tiga kali seminggu, eliksir ringan ini mampu merawat kelemumur semasa anda tidur. Ia juga meredakan kerengsaan dan ketidakselesaan kulit kepala dan dia juga sedar kulit kepalanya juga menjadi kurang sensitif. Dengan koleksi ini di sisinya, Bella menerima kebebasan untuk meneroka kreativitinya sambil mengekalkan kanvas rambut yang sempurna.

Kunjungi laman rasmi Kérastase secara dalam talian di Lazmall, Lazada untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan di salun dandanan rambut sah Kérastase untuk anda beli-belah keseluruhan koleksi Symbiose baharu ini.