GLAM Beauty Club Eksklusif Bersama Clé de Peau Beauté - Glam Malaysia

GLAM Beauty Club Eksklusif Bersama Clé de Peau Beauté

GLAM Beauty Club dan Clé de Peau Beauté menjemput anda untuk sertai sesi pengalaman cantik bersama Beauty Connoisseur jemputan, Whulandary Herman.

Hanya ahli GBC sahaja mempunyai akses untuk melihat koleksi baharu Ombres Couleurs Quadri. Sesi pengalaman cantik GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté ini juga memperkenalkan produk terkini Radiant Cushion Foundation Dewy yang mempunyai liputan bersinar dan kulit wajah kekal terhidrasi selama 24 jam. Bedak kusyen ini juga tidak akan meninggalkan kesan bercapuk atau minyak selama 16 jam pemakaian. Selain itu, kenali lebih dekat barisan Key Radiance Care dan cara penggunaan dengan tepat.

Rebut peluang ini bagi mengetahui tip dan trik solekan dari jurusolek profesional Clé de Peau Beauté. Untuk memilih warna bedak asas sesuai dengan tona kulit dan ikuti sembang cantik bersama Whulandary Herman mengenai pengalamannya bersama jenama kecantikan ini.

Sertai sesi pengalaman cantik GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté sekarang dengan mengisi borang di bawah ini.

 

See also
Datin X: Cemburu Biras Dapat Title Datin

Tarikh : Julai 31, 2023 (Isnin)

Masa:  2.30 PM- 5.30 PM

Lokasi: Butik Clé de Peau Beauté , One Utama @ Lot G.327 (new wing)

*Eksklusif hanya buat ahli GBC dan berpeluang membawa produk Clé de Peau Beauté bernilai, RM270.

 

TERMA & SYARAT

  1. Sertai GLAM Beauty Club and lengkapkan butiran anda.
  2. Hanya ahli GLAM Beauty Club bertuah yang terpilih akan dihubungi dan pengesahan penyertaan perlu dibuat dalam waktu 24 jam.
  3. Penyertaan ini terbuka kepada ahli GLAM Beauty Club, wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
  4. Pihak GLAM dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.

Artikel berkaitan Edisi Lebaran : Glam Beauty Club X NARS Bersama Ummi Nasir