GLAM Di Spa De La Mer Pertama Di Malaysia - Glam Malaysia

GLAM Di Spa De La Mer Pertama Di Malaysia

La Mer melancarkan rawatan wajah eksklusif, Spa De La Mer yang menggabungkan sains penjagaan kulit termaju dengan ritual sensori yang diilhamkan oleh kuasa penyembuhan laut. 

La Mer dengan bangga memperkenalkan Spa de La Mer yang pertama di Malaysia, terletak di butik flagship baharu di Lot G61, Ground Floor, Suria KLCC. Ini bukan sekadar pembukaan spa, ini adalah detik yang mentakrifkan semula penjagaan kulit premium di Malaysia. Ruang di mana inovasi penjagaan kulit bertemu dengan kemewahan sensori, di mana setiap sentuhan membawa tenaga penyembuhan dari laut.

Spa de La Mer

KEUNIKAN MIRACLE BROTH™

Miracle Broth™ iaitu Elixir legenda yang telah menjadi obsesi kepada setiap wanita di seluruh dunia. Infusi bio-fermentasi yang diperbuat daripada rumpai laut kelp dan elemen semula jadi yang kaya nutrien ini bukan sekadar ramuan, ia adalah revolusi dalam cellular rejuvenation. Hari ini, La Mer terus mendorong sempadan, mengkaji spektrum penuh ekosistem bioenergetik dan mekanisme yang mengukuhkan rangkaian selular kulit.

See also
"Hari ini perempuan boleh berdiri sebaris dengan lelaki." - Muhaini Mahmud

Spa de La Mer yang baharu adalah manifestasi fizikal falsafah jenama ini. Dilahirkan dari lautan, La Mer sentiasa percaya kepada kuasa pemulihan tenaga marin. Kini, kepercayaan itu diterjemahkan ke dalam ruang yang akan membuat anda terlupa bahawa anda berada di tengah-tengah Kuala Lumpur. Pencahayaan lembut yang menenangkan. Tekstur mengalir yang mengingatkan ombak. Suasana yang mengajak kepada ketenangan dan pemulihan. Setiap elemen diutamakan dari koreografi rawatan hingga muzik dan aroma. Ia dipilih dengan teliti untuk mencipta pelarian multisensori yang akan meninggalkan anda bertransformasi.

RITUAL WAJAH BERSIFAT BESPOKE LUXURY 

Lupakan rawatan muka biasa. Di Spa de La Mer, setiap ritual adalah pengalaman yang disesuaikan khas, direka untuk mentransformasi kulit dan jiwa. Inilah di mana sains bertemu seni, di mana teknik urutan ketepatan bertemu dengan tekstur yang sangat sensori untuk memperbaharui, mengimbangi semula, dan memulihkan. Ini antara rawatan signature di Spa de La Mer

THE HYDRATING FACIAL (75 minit)

Your Glow-Up Starts Here! Rawatan mewah yang menggunakan faedah berasal dari laut La Mer dengan urutan bergelombang yang disesuaikan khas. Meningkatkan mikro-peredaran, menghidrat secara mendalam, mendedahkan cahaya awet muda yang bercahaya.

See also
GLAM Selongkar Rahsia Cantik Zahirah MacWilson

THE SCULPTING FACIAL (75 minit)

Defined, Refined, Divine. Pengalaman meremajakan dengan bahan-bahan bersumber laut La Mer, termasuk urutan membentuk untuk meningkatkan definisi wajah dan merangsang mikro-peredaran.

THE SOOTHING FACIAL (75 minit)

Calm, Cool, Collected. Gabungan koleksi koncentrat penguat pelindung La Mer dengan urutan yang sangat menenangkan. Menenangkan kerengsaan, menghidrat secara mendalam, dan menyalakan proses pembaharuan yang memberikan tenaga kepada kompleksi.

THE GENAISSANCE FACIAL (90 minit)

Time-Transcending Luxury. Tenggelamkan kulit dalam kemujaraban mendalam dan tekstur mewah koleksi Genaissance De La Mer™ yang paling didambakan. Dengan bahan-bahan istimewa dan Miracle Broth™ kristal buatan tangan, pengalaman memanjakan ini direka untuk melicinkan, mengisi dan memberikan tenaga. Menyasarkan semua tanda penuaan dengan rawatan muka, urutan dan teknik saliran yang merangsang.

THE MIRACLE BROTH FACIAL (90 minit)

The Ultimate Indulgence. Inilah puncak kemewahan. Setiap rawatan mendedahkan spa broth eksklusif yang baru dituang yakni infusi tulen elixir pembaharuan awet muda, didedikasikan sepenuhnya untuk transformasi anda. Digabungkan dengan tenaga bunyi dan rangsangan titik tekanan, teknik urutan anti-penuaan yang disesuaikan mencipta perjalanan transformasi berterusan. Kulit dikembalikan ke keadaan paling sihatnya.

See also
Inilah Pengilat Kuku Tepat Margot Robbie dalam Adegan Kasut Barbie

Artikel berkaitan La Mer The Lifting Firming Serum Transformasi Wajah Remaja Alvin Chong

Spa de La Mer

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan