Manifesto Cantik : Bintang Malaysia Setaraf Antarabangsa - Glam Malaysia
Manifesto Cantik : Bintang Malaysia Setaraf Antarabangsa

Manifesto Cantik : Bintang Malaysia Setaraf Antarabangsa

Sejak kebelakangan ini, jenama kecantikan antarabangsa semakin terbuka menerima kehadiran juita dan pria Malaysia untuk hadir ke acara global.

Imbas kembali zaman Dato Sri Siti Nurhaliza, di mana dia ditampilkan sebagai wajah kempen untuk jenama kosmetik gergasi, Maybelline. Pada ketika ini, bukan mudah untuk menempah nama ke persada antarabangsa dan penyanyi nombor 1 Malaysia berjaya memecah rekod. Baru-baru ini, penyanyi dan aktres Daiyan Trisha dijemput untuk menghadirikan diri ke acara global Lancôme x Louvre di kota Paris. Dia yang juga dipilih sebagai wajah Asia buat kempen wangian Lancôme Idôle hadir mewakili Malaysia dan Singapura. Terdahulu sebelum Daiyan Trisha, selebriti terkenal Neelofa pernah mewakili Lancôme Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Acara gemilang Lancôme x Louvre ini turut membariskan duta antarabangsa Lancome seperti Amanda Seyfried, Isabella Rossellini, Penelope Cruz, Aya Nakamura, Emma Chamberlain dan Chiara Ferragni.

Meerqeen semakin pantas mengejar popularitinya ke persada antarabangsa. Dia juga lelaki pertama yang dipilih sebagai wajah kempen YSL Beauty Malaysia

Jika Daiyan buat Lancome, aktres terkenal yang juga ikon fesyen Malaysia, Scha Al Yahya turut menembus ke peringkat antarabangsa apabila dia diterbangkan khas oleh Armani beauty ke Filem Festival Venice 2023. Dia merupakan bintang pertama yang dibawakan oleh jenama kecantikan terkenal ini.

Aktor muda yang terus digilai wanita tempatan dan juga negara seberang, Meerqeen semakin pantas mengejar popularitinya ke persada antarabangsa. Dia juga lelaki pertama yang dipilih sebagai wajah kempen YSL Beauty Malaysia. Sebagai duta YSL Beauty Malaysia, Meerqeen hadir ke acara global untuk pelancaran MYSLF di Paris bersama duta antarabangsa YSL Beauty, Austin Butler. Persis aktor antarabangsa apabila namanya semakin dijulang tinggi!

Malaysia kini semakin meraih perhatian dunia, bukan sahaja fesyen malah dunia kecantikan. Ini bermakna kita mempunyai bakat yang luar biasa sehinggakan diangkat sebegitu tinggi! Moga-moga kunjungan tahun 2024, makin ramai bakat baru yang menempah ke peringkat antarabangsa.

Artikel berkaitan Meerqeen Sertai Anna Jobling Dalam Senarai Tercantik & Terkacak TC Candler