Masker Rambut Solusi Terbaik - Glam Malaysia
Masker Rambut Solusi Terbaik

Masker Rambut Solusi Terbaik

Rambut memerlukan rawatan intensif untuk mengekalkan kesegaran dan mengurangkan kerosakan rambut.

Masker rambut adalah satu rawatan tambahan untuk mengekalkan nutrisi pada hujung rambut yang diformulasi dengan bahan semulajadi dan aktif dengan bahan melembapkan. Malah, ia lebih aktif menyerap berbanding syampu dan perapi rambut malah memberi kesan dramatik pada rambut.

Anda sering terdedah dalam pelbagai situasi yang membawa punca keguguran rambut samada aktif menggunakan heat styling atau kerap menukar gaya rambut. Oleh itu, ia juga bertindak mengurangkan kerosakan rambut dan lebih tampak sihat. Antara perrsoalan yang kerap ditanya adalah

Bagaimanakah cara penggunaannya?

Syampu rambut seperti kebiasaan dan bilas dengan air sejuk. Sesudah itu, sapukan secara keseluruhan dan tunggu selama 3 hingga 5 minit.  (Sambil menunggu, apa kata anda skrub tubuh badan atau mencukur bulu kaki). Setelah itu, bilas rambut dengan bersih dan keringkan rambut menggunakan tuala kering dan gayakan rambut anda mengikut keselesaan.

COCO & EVE MASKER RAMBUT INI MEMBUAT RAMBUT LEBIH SIHAT DAN BERSINAR. RAMBUT TIDAK LAGI MENGERBANG.

Berapa kerap kali sepatutnya digunakan ?

See also
Tampil Seksi Dalam Masa Lima Minit

Anda sepatutnya menggunakan produk jenis hidrasi seminggu sekali. Tetapi jika rambut anda tampak kering atau rosak daripada kebiasaan, gunalah 2 atau 3 kali seminggu.

L’Oréal Professionnel Gold Quinoa + Protein Absolut Repair memberi nutrisi pada rambut anda. Malah, kaya dengan minyak kelapa yang mengekalkan kelembapan pada permukaan rambut.

Berapa lama perlu ditinggalkan pada rambut?

Dalam tempoh 3 hingga 5 minit tetapi jika rambut dalam keadaan tidak bermaya, biarkan seketika pada rambut basah selama 15 hingga 20 minit.

Kérastase Resistance Masque Therapiste sebagai gantian serat rambut.Sesuai untuk rambut nipis, kering dan rosak.

Kenapa masker rambut penting?

Ia akan memberi perbezaan ketara pada permukaan rambut, lebih bersinar dan nampak sihat. Kebanyakkannya diperbuat daripada shea, minyak kelapa, minyak argan dan minyak avocado.

Olaplex Hair Perfector No.3 sesuai untuk rambut berwarna atau rambut yang terdedah dengan heat styling.

Pautan berkaitan 5 Tips Mendapatkan Rambut Yang Sihat dan Menawan