fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
“Kita Kenal Badan Kita Sendiri,” Nadia Brian
Rutin Sihat Ramadan: Bagaimana Pilates & Yoga Menenangkan Minda Serta Menguatkan Tubuh
Rejim Penjagaan Rambut Scalp Clinix Cetus Kepuasan!
Kisah Pesan Umi Sharifah Rose Di Pagi Raya Bersama Lancôme
Nostalgia, Rawatan Kecantikan Secara Tradisional Sempena Hari Merdeka
Home > Cantik > Rencana Cantik > Idaman Wanita, Dyson Airwrap Styler

Idaman Wanita, Dyson Airwrap Styler

Alatan penggulung rambut berteknologi tinggi, Dyson Airwrap Styler sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Siapa yang tidak mahu rambut didandan cantik dan kemas dalam masa singkat.

Dyson Airwrap Styler dalam padanan warna merah, koleksi istimewa.

 

 

Gambar oleh Dyson

Kehebatan teknologi yang terkandung dalam pengering rambut Dyson Supersonic dilihat membuka jalan baharu bagi Dyson Airwrap Styler. Percaya atau tidak, hanya dengan gelombang angin tanpa tahap kepanasan yang ekstrem rambut anda mudah terbentuk. Dyson menggunakan digital motor yang membawa kepada efek Coanda cetus phenomenal. Efek ini terhasil daripada tekanan berbeza. “We have been obsessively manipulating airflow for more than 25 years. Our expertise in aerodynamics is one of our core technologies. Harnessing the power of Dyson’s digital motor we have engineered a truly unique styling tool preventing extreme heat damage when styling. I’m immensely proud of what our engineers have achieved,” jelas James Dyson.

Sempena bulan Mac ini, Dyson meraikan Hari Wanita Sedunia dengan menampilkan Special Edition Dyson Airwrap Styler dalam rona merah sebagai hadiah istimewa mereka kepada wanita-wanita di luar sana. Seperti koleksi sedia ada, sebanyak 3 penggaya rambut lengkap dengan kepelbagaian kegunaan dalam kotak berona merah terang. Dijual pada harga RM2,199 di pasaran.

https://youtu.be/UlXJAB67Aao

Cara penggunaan Dyson Airwrap Styler. Mudah, cepat dan rambut tampak menawan.