5 Gincu Merah Untuk Meraikan Ketibaan Disember - Glam Malaysia

5 Gincu Merah Untuk Meraikan Ketibaan Disember

Merah boleh saya simpulkan warna yang paling popular pada bulan Disember nanti. Dan ada banyak faktor mengapa merah menjadi trending, pertama sekali tentulah dek kerana menjelangnya ketibaan sambutan Hari Natal. Tanggal satu Disember juga ditabal sebagai hari reben merah iaitu merujuk kepada Hari AIDS Sedunia. Malah warna merah juga trending dalam dunia kecantikan, banyak label kosmetik menjadikan gincu merah misalnya sebagai highlight di dalam holiday collection mereka. Dan untuk itu GLAM bariskan lima gincu merah paling hangat membara untuk anda gayakan sepanjang Disember. Ayuh mulakan pilihan.

1- CHANEL ROUGE ALLURE VELVET EXTREME (ROUGE OBSCUR), RM143- Bagi yang kurang gemar atau mungkin ada yang kurang yakin nak menggayakan gincu merah menyala, saya cadangkan warna burgundy seperti Rouge Allure yang saya pilihkan di atas. Ia sesuaibapa saja ton kulit anda. Merah maroon ini tampaknsedikit vampy tapi saya rasa masih nampak mewah dan ada kelas.


2- DIOR, ROUGE DIOR (999) – Warna ikonik dalam keluarga gincu Dior. Inilah warna yang banyak dicalitkan pada bibir- bibir wanita ikonik Dior termasuklah bintang Rouge Dior sendiri iaitu Natalie Portman. Gincu ini pada saya cukup klasik dan warna merah yang ini versatil, ia boleh nampak klasik dan dalam masa yang sama masih boleh tampak ‘kasual’ untuk gaya hari-hari. Ia tidak membuatkan anda nampak ‘beria-ia’ hendak bergincu. Effortless!

3- YSL BEAUTY ROUGE PUR COUTURE – HOLIDAY 2020 No 1 LE ROUGE,
RM140- Warna yang ini agak muda sikit, pilihan sempurna untuk anda yang mahu ton yang sedikit cair, yang warnanya tak sepekat seperti merah darah. Tekstur gincu YSL ini tidak pusam namun teksturnya masih mudah disapu, melitupi bibir dengan mudah dan tahan lama. Sapukan yang ini jika kamu sukakan kemasan satin.

4- GUCCI 511 Madge Red, Rouge à Lèvres Lunaison Lipstick- Kalau anda seorang ekstrem dalam bersolek saya sarankan anda cuba gincu edisi terhad Gucci ini. Warna merahnya pekat tapi yang membuatkannya lebih istimewa ialah tekstur metaliknya, ada biji-biji berkilau membuatkan penampilan bibir tampak fun, edgy and glamorous.

5- GIORGIO ARMANI LIP MAESTRO HOLIDAY MINI SET, RM250- Sengaja saya pilihkan dalam set yang ini. Sempena edisi percutian, Giorgio Armani pek kan tiga warna untuk anda dalam satu bekas. Tekstur Lip Maestro yang bagaikan glos membolehkan anda memakainya begitu sahaja atau boleh dilapiskan dengan sapuan gincu lain terlebih dahulu. Ada tiga ton, pilihlah ikut mood anda.

See also
Christmas Miracle: 14 Rona Gincu Baru Daripada Fenty Beauty!