Kesilapan Bersolek Ramai Wanita Buat, Ini Yang Perlu Elak
kesilapan bersolek

5 Kesilapan Solekan Ramai Wanita Lakukan & Solusinya

Olahan tatarias mampu menyerlahkan kecantikan semula jadi dan membantu anda melahirkan versi yang lebih baik! Namun pernahkah anda melakukan kesilapan bersolek? If so, stop now and learn how to fix it today!

Semua wanita mahukan tatarias yang sempurna tanpa cela, bahkan kita juga gemar bereksperimen dengan looks baru. Kami di GLAM Cantik juga gemar bermain dengan solekan, mungkin hari ini kami mahu membawa look ala-ala Winona Ryder semasa era 90-an, ataupun mahu Strawberry makeup seperti Hailey Bieber.

Tidak kira apa pun yang anda mahu mencuba hari ini, do it with confidence! Tetapi perlu tahu basic rules of makeup. Ini kerana bagi kami, setiap wanita punyai jenis kulit dan ton kulit berbeza lantas pemilihan solekan yang betul memastikan solekan tampak memukau.

5 Kesilapan Bersolek & Solusinya

Ada sesetengah wanita tidak sedar mereka lakukan kesilapan bersolek ini. Semak senarai di bawah, kami ada solusi untuk setiap kesilapan.

See also
"Kita Kenal Badan Kita Sendiri," Nadia Brian

1. Kesilapan: On going too natural

Walau memiliki wajah tanpa cela, anda juga memerlukan sapuan bedak asas untuk menyamarkan noda. Ia melicinkan kulit dan memberikan kemasan yang sempurna, a polished look!

Solusi: Menyamarkan noda

Untuk mengetahui warna terbaik untuk kulit anda, sapukannya pada pipi berdekatan rahang anda. This area will give you the truest match. Usah gusar, pilih warna lebih gelap, jika terlalu ringan boleh menjadikan anda kelihatan kelabu.

2. Kesilapan bersolek: Pengaris bibir kasar

kesilapan bersolek

Foto: Freepik

Gaya gelap sekeliling bibir boleh mempercepatkan usia wajah anda. Usah mengukirnya terlalu tebal hingga terkeluar dari garisan semula jadi bibir anda dan warna bibir anda akan terperangkap, garisan nipis di sekeliling mulut akan menekankan bentuk bibir menawan.

Solusi: Lembutkan gaya
Untuk memastikan garisan bibir tidak pelik, padankan dengan warna gincu anda atau dengan memadankan warna penggaris bibir dengan warna bibir semulajadi. Gunakan pensel berkrim untuk hasil terbaik jika bibir nampak kering.

3. Kesilapan: Penggunaan penggaris mata

Pendekatan solekan sejak kian lama mungkin tidak sesuai digayakan kala meningkatnya usia. Severe liner on the lower lid is a rookie mistake. Kesilapan bersolek ini tidak membuat bukaan mata lebih galak tetapi mata kelihatan berat, kecil dan seakan menarik wajah ke bawah.

See also
Tips Mekap Platinum 24/7

Solusi: Gariskan di atas dan di bawah

Gunakan pengaris mata di kedua-dua bahagian, atas dan bawah kelopak mata. Gariskan berhampiran dengan garisan bulu mata dan mesrakan warnanya. Untuk pembayang mata, kelabu lembut atau bronze akan menyerlahkan kilauan mata.

4. Kesilapan bersolek: Terang memberi impak

Foto: Freepik

Jika mahu ke parti, rona terang bersesuaian tema amat disarankan namun jika ia tatarias untuk siang, pembayang mata berwarna coklat, navy atau violet adalah lebih sesuai. Jika mahu warna kelihatan pekat, layangkan tanpa efek over the top. Rona pembayang mata yang salah antara kesilapan bersolek ramai wanita sering lakukan.

Solusi: Pump up your lashes

Satu cara halus untuk menarik perhatian kepada mata adalah dengan bulu mata seksimu. Layangkan maskara dari akar bulu mata hingga ke hujung untuk perlindungan maksimum, lebat dan panjang.

5. Kesilapan: Menghaluskan kening

Sebagai wanita berprofil tinggi selalunya sedikit berusia, punya rambut yang nipis dan pucat, dahi yang selalu disorokkan. Satu cara mudah untuk memberi seri kepada wajah anda adalah dengan mengukir dan membentuk kening dengan baik. Oleh itu, kesilapan bersolek terbesar yang anda boleh lakukan adalah mencabut kening sehingga halus.

See also
10 Soalan Bersama Daphne Iking

Solusi: Bentuk dan rapikan kening

Untuk memberi sedikit gaya solekan yang umph, ukir dan lukiskan bentuk kening dengan menggunakan pensel, pilih warna sedikit ringan daripada warna semula jadi kening anda.

Artikel berkaitan: 5 Trend Kecantikan Minggu Fesyen Milan Musim Bunga/Panas 24