Christmas Miracle: 14 Rona Gincu Baru Daripada Fenty Beauty!
Sejak Rihanna melancarkan rangkaian kecantikannya pada bulan September lalu dengan highlighter, shimmer stick dan glos bibir universal dan 40 rona foundation, ramai yang mengagumi kualiti setiap satu produk yang dikeluarkan. Membuktikan Rihanna benar-benar memberi perhatian kepada apa yang dimahukan oleh pembeli. Diikuti pula dengan Galaxy Collection yang juga diterima baik oleh peminat-peminat Fenty Beauty.
Now, are you ready for 14 new lipstick shades dari Fenty Beauty? Kerana Mattemoiselle Collection merupakan koleksi terbaru yang bakal dilancarkan oleh Rihanna sejurus selepas dia melancarkan Stunna Lip Paint.
Berkongsikan informasi ini kepada followers di Instagram, Rihanna menampilkan sekali foto di mana dia sendiri menggunakan produk daripada Mattemoiselle Collection itu dalam rona #CLPABACK yang kelihatan sangat menawan digandingkan dengan solekan yang minimal pada bahagian yang lain.
Koleksi ini boleh didapatkan menjelang 26 Disember ini di laman Fenty Beauty dan Sephora.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Sorotan Buat Pementasan Koleksi Louis Vuitton Menswear SS27
Jun 24, 2026
Trend Report: 5 Trend Kecantikan Separuh Pertama 2026
Jun 24, 2026
GLAM It Girl: Elena. C
Jun 24, 2026
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Jun 24, 2026
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yang Anda Cari
Jun 24, 2026
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthalle
Jun 24, 2026
Ritual UV Baharu Dior
Jun 24, 2026
