GLAM Selongkar Rahsia Cantik Zahirah MacWilson
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioJuita cantik, Zahirah MacWilson bukanlah asing dalam industri hiburan, fesyen dan cantik. GLAM mendekati aktres cantik yang kini semakin bersinar bab bulan purnama!
Sudah menjadi rutin sebelum menghadiri ke majlis makan malam atau gala, pastinya anda bersiap sebelum waktunya. GLAM berjaya mendapat sesi eksklusif bersama empunya diri untuk mengikuti rutin cantik sebelum ke malam gala. Sesi Get Ready With Zahirah MacWilson dibawakan oleh Kerastase menerusi rangkaian penjagaan rambut anti-gugur, Genesis.
Beberapa jam sebelum kami bertemu Zahirah di Hotel Marriott, Kuala Lumpur, dia masih berada di Singapura atas urusan kerja dan katanya sebelum jam tepat pukul 2 petang dia akan tiba jika tiada halangan. Tibanya dia di ruang perkarangan lobi hotel, Pengarah Kecantikan GLAM menyambutnya dan terus saya bertanyakan apa rahsia rambutnya tampak begitu sihat walaupun baru touch down! Jelas Zahirah, sehari sebelum malam gala, dia hanya melakukan rutin penjagaan rambut biasa menggunakan Kérastase Genesis dan tidak lupa serum rambut.

Sampainya dia di kamar, seperti kebiasaan wajahnya di prep sebelum bersolek dan rambutnya disisir kemas. Jurusolek selebriti, Shiyo Joo dan pendandan rambut selebriti Ckay Liow bertanggungjawab untuk lakukan transformation ke atas Zahirah. Sambil dia bersiap saya mengajukan beberapa soalan, mahu juga cungkil rahsia cantiknya! Jujur saya cakap dari hujung rambut hingga hujung kaki dia tidak nampak kepenatan! Tampak segar walaupun dirinya sibuk.

Artikel berkaitan Anna Jobling Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose
Perkara pertama Zahirah lakukan di pagi hari?
Seperti kebiasaan harian, saya tidak akan pernah tinggal untuk minum segelas air putih, tunggu anak kesayangan saya bangun dan kami akan sarapan pagi bersama.
Apakah rawatan kecantikan terbaik pernah anda lakukan?
Rahsia untuk anda kulit bersih berseri, tiada kotoran rajinkan diri untuk membuat rawatan wajah. Seperti saya, setiap bulan wajib untuk saya lakukan rawatan wajah agar kulit sentiasa bermaya, segar dan flawless. Anda tidak perlulah membeli pakej yang mahal, cukup sekadar rawatan biasa yang boleh membuat kulit bersinar sentiasa.
5 rahsia rambut cantik Zahirah?
Saya seorang wanita yang mudah dan ringkas! Tidak perlukan banyak produk untuk menjaga kesihatan kulit kepala. Pertama, pemilihan good hair mask itu adalah penting kerana rambut juga perlu dipupur sempurna, kedua, hair massage tool! Sambil anda meletakkan pupur rambut seeloknya guna hair massage tool untuk efek lebih sempurna dan tidak merosakkan kulit kepala.
Ketiga, jangan tinggalkan produk heat protector! Jika anda gemar menggunakan alatan pemanas rambut atau pengering, guna heat protector untuk melindungi rambut. Keempat, trim rambut sebulan atau dua bulan sekali untuk rambut kekal tumbuh sihat dan panjang.

Terakhir, set penjagaan rambut dari Kérastase Genesis kini menjadi pilihan saya. Rangkaian ini sesuai untuk merawat setiap masalah rambut gugur. Sejak kebelakangan ini, saya aktif hadirkan diri ke acara tertentu atau pengambaran, rambut kadangkala mula gugur dan nasib baik Kerastase ada solusi khas untuk masalah rambut saya. Koleksi lengkap saya guna seperti syampu Bain Hydra-Fortifiant, perapi Fondant Renforcateur dan Serum Anti-Chute Fortifiant. Selepas 2 bulan pemakaian Kerastase Genesis, saya mula nampak perubahan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kérastase Genesis, layari laman rasmi Kerastase Malaysia
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
