Related Stories
Sembang Cantik Beauty Conneiseurs dan The Face Shop
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioBerlalulah sudah sesi sembang cantik Beauty Conneisseurs GLAM Beauty Club bersama The Face Shop.

Bulan lalu GLAM Beauty Club berkolaborasi bersama The Face Shop Malaysia yang juga menampilkan barisan Beauty Conneisseur baharu. Sesi ini seperti sembang cantik antara mereka mengenai kepentingan gaya hidup sihat dan perubahan rutin kecantikan yang berasaskan vegan. The Face Shop memperkenalkan barisan penjagaan kulit premium yang berasaskan Vegan khas untuk kulit sihat dan terhidrasi sihat.

Barisan Beauty Connoisseurs untuk The Face Shop, GLAM Beauty Club menjemput Athisha Khan, Arisa Soraya, Sissy Imann dan Dee Alimin untuk hadir ke sesi eksklusif ini yang bertempat di Neutrals, TTDI KL. Kehadiran mereka cukup bermakna buat GBC dan juga The Face Shop.
Sesi ini seperti sembang cantik antara mereka mengenai kepentingan gaya hidup sihat dan perubahan rutin kecantikan yang berasaskan vegan

The Face Shop melancarkan rangkaian produk baharu di bawah barisan The Therapy Vegan, iaitu The Therapy Vegan Moisture Blending Cream, Blending Serum dan Moisturizing Sun Serum. Yang menarik mengenai rangkaian ini kerana kandungannya sangat berbeza berbanding produk yang berasaskan Vegan. The Therapy Vegan Moisture Blending Cream mempunyai duo tekstur berbeza seperti gel dan krim. Malah, lapisan ini hendaklah diadunkan sebati agar kandungannya menyerap pada kulit wajah dengan sempurna. Krim wajah ini dibahagikan kepada dua lapisan iaitu krim gel untuk lapisan pertama dan krim penghidratan pada lapisan kedua.

Untuk sesi selama 2jam ini, mereka berkongsi pandangan dan rahsia penjagaan wajah yang berasaskan vegan. Menurut Arisa Soraya, semakin banyak jenama yang menukar arah ke Clean Beauty dan bersifat vegan. Bebas dari bahan terlarang dan juga mempunyai kandungan semula jadi. Dirinya juga kini mula mempraktikkan rutin berasaskan vegan kerananya formulanya lebih senang dan sesuai untuk kulitnya. Bagi Dee Alimin pula, dia mengamalkan gaya hidup yang sihat menerusi aktif ke aktiviti senaman di gimnasium terutama Pilates. Baginya, gaya hidup yang seimbang selain memakai produk penjagaan kulit Vegan lebih menyerlahkan kulit wajah.

Sasaran The Face Shop dalam menakluki trend Clean Beauty sangat dikuatkuasakan. Menerusi rangkaian Therapy Vegan, ianya dilabelkan sebagai Vegan Beauty. Seperti pembungkusan terbiodegradasi, ketiadaan bahan-bahan yang berasaskan haiwan atau kekejaman haiwan dalam proses pembuatan kosmetik. Rangkaian The Face Shop Therapy Vegan sudahpun berada di pasaran pada 2 Mei 2023 di semua 45 buah butik fizikal The Face Shop dan secara dalam talian di Malaysia.
Artikel berkaitan Terapi Vegan Rahsia Kulit Wajah Semakin Sihat
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
