Petua Tradisional Untuk Merawat Kulit Kusam

Cantik

Petua Tradisional Untuk Merawat Kulit Kusam

40244
02C62230

Gambar: INGimage


 
Memiliki kulit wajah yang kusam mampu untuk membuatkan kita untuk merasa kurang keyakinan diri dengan penampilan kita. Selain daripada menggunakan produk yang dijual di pasaran, anda mungkin boleh cuba menggunakan bahan-bahan semulajadi. GLAM senaraikan 5 petua tradisional untuk merawat kulit kusam.
 
Quotes dari selebriti Malaysia tentang rejim kecantikan mereka.
 
” Saya juga masih cuba untuk menjalani kehidupan yang sihat dengan mengamalkan diet yang sempurna, amalkan makan ulam-ulaman, makanan organik, minum air yang secukupnya, mengambil makanan tambahan juga melakukan senaman seperti yoga. Saya cuba untuk live a healthy life.”- Nora Danish 
 
“Membersih, menyegar dan melembapkan wajah. Saya juga semburkan air pada wajah pabila kulit rasa ‘tegang’ di siang hari. Saya gunakan pelembap yang mengandungi SPF di siang hari dan gunakan pelembap yang lebih mewah lembapannya pada waktu malam untuk merawat kulit yang ‘tertekan’ di siang hari.”- Diana Danielle 
 
Lemon

Lemon mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut  membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.
 
Cara: Potong lemon kepada dua bahagian lalu perah air jus lemon ke dalam mangkuk bersih. Celupkan kapas bersih ke dalam jus lemon dan sapukan kapas tersebut pada kulit wajah. Dinasihatkan untuk melakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur, biarkan jus lemon itu melekat pada kulit tanpa dibersihkan selama satu malam supaya kandungan jus lemon meresap ke kulit.
 
Susu

Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari.
 
Cara: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.
 
Minum air yang cukup

Air tidak hanya penting untuk kesihatan tubuh kita, tetapi juga mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya tamapak bersinar dan tegang.
 
Cara: Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.
 
Pisang dan Madu

Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.
 
Cara: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah . Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
 
Yogurt

Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.
 
Cara: Campurkan yogurt dengan madu. Sapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih setelah selesai.
 
Sumber: http://eh.com.my/

Your email address will not be published. Required fields are marked *