Hiperpigmentasi Pada Kulit: Punca & Cara Rawatan Berkesan

Apa Itu Hiperpigmentasi & Cara Terbaik Merawatnya

Hiperpigmentasi terjadi apabila kulit anda menghasilkan lebih banyak melanin daripada biasa. Ia boleh berlaku pada semua jenis kulit yang mana ia muncul sebagai tompok-tompok pada kulit dalam warna yang gelap.

Tompok-tompok ini hadir dalam saiz yang berbeza dan boleh berkembang di seluruh badan, bukan pada muka sahaja. Faktor risiko terbesar untuk hiperpigmentasi termasuk kulit yang terdedah kepada matahari terlalu lama serta keradangan, kerana kedua-dua situasi boleh meningkatkan pengeluaran melanin. Semakin lama pendedahan kulit anda kepada matahari, semakin tinggi risiko peningkatan pigmentasi kulit.

Hiperpigmentasi juga boleh berlaku kerana keradangan kulit akibat kecederaan, luka, melecur, jerawat, atau lupus.

Jenis-Jenis Hiperpigmentasi

Tahukah anda bahawa hiperpigmentasi hadir dalam pelbagai jenis? Semak senarai di bawah agar anda dapat memahami kondisi kulit ini dengan lebih baik.

1. Hiperpigmentasi akibat kerosakan matahari

Ini adalah tompok-tompok kecil dan gelap yang biasanya hadir pada tangan, muka, dan juga bahagian tubuh lain. Ia terjadi kerana kulit terdedah kepada matahari terlalu lama.

Hiperpigmentasi Pada Kulit: Punca & Cara Rawatan Berkesan

2. Freckles

Freckles juga adalah sebahagian daripada hiperpigmentasi. Ia adalah bintik-bintik kecil berwarna coklat yang biasanya tumbuh di muka, lengan dan belakang badan. Mereka yang memiliki freckles biasanya mempunyai kulit pucat dan rambut merah yang juga memiliki gen varian MC1R.

See also
Alami Pengalaman Fantasi Gucci Flora di Suria KLCC

Hiperpigmentasi Pada Kulit: Punca & Cara Rawatan Berkesan

3. Melasma

Melasma kelihatan serupa dengan bintik-bintik penuaan tetapi ia adalah bahagian kulit yang lebih gelap yang berlaku akibat perubahan hormon. Melasma juga sering muncul semasa kehamilan, namun usah risau ia akan hilang sebaik sahaja anda bersalin dan hormon kembali normal.

Hiperpigmentasi Pada Kulit: Punca & Cara Rawatan Berkesan

4. Hiperpigmentasi selepas keradangan

Keadaan kulit ini kelihatan sebagai tompok dan bintik-bintik perang, coklat gelap, malah biru-kelabu pada kulit. Penyebab hiperpigmentasi selepas keradangan biasanya kerana jerawat dan ekzema. Oleh itu, jangan sesekali picit jerawat anda. Sebaiknya pakai acne patch untuk kecutkan jerawat sebaik mungkin.

Hiperpigmentasi Pada Kulit: Punca & Cara Rawatan Berkesan

Punca Hiperpigmentasi

Penyebab umum hiperpigmentasi seperti yang GLAM sebut tadi adalah kerana pengeluaran melanin yang berlebihan. Melanin adalah pigmen yang memberikan warna pada kulit. Ia dihasilkan oleh sel kulit yang dipanggil melanosit.

Ada beberapa keadaan atau faktor yang berbeza boleh mengubah pengeluaran melanin dalam badan anda termasuk pengambilan ubat-ubatan tertentu, perubahan hormon semasa kehamilan, dan pendedahan matahari berlebihan.

Hiperpigmentasi mungkin boleh kekal seumur hidup. Namun begitu, ada rawatan yang boleh membantu untuk membersihkan beberapa bintik hitam dan mengurangkan warnanya. Tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau setahun untuk bekerja dan bintik-bintik boleh muncul dari semasa ke semasa, terutamanya jika anda tidak memakai krim pelindung matahari dengan kerap.

See also
Suntikan Patriotisme Rizman Ruzaini

Perkara Lain Yang Boleh Menyebabkan Hiperpigmentasi

  • Genetik, seperti keluarga yang mempunyai freckles.
  • Perubahan hormon, seperti semasa akil baligh atau kehamilan.
  • Kecederaan pada kulit (contohnya, jerawat, luka atau terbakar), yang kadang-kadang dipanggil hiperpigmentasi selepas keradangan.
  • Tidak mendapat cukup vitamin tertentu, seperti B12 dan asid folik.
  • Kerosakan matahari (bintik-bintik ini sering dipanggil solar lentigines).
  • Gangguan tiroid.

Cara Mencegah Hiperpigmentasi

Walaupun tidak semua hiperpigmentasi boleh dielakkan namun terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mencegah hiperpigmentasi:

  • Elakkan cahaya matahari berterusan: Cuba elakkan diri daripada pendedahan matahari pada waktu puncak 10 pagi hingga 2 petang. Duduk di bawah payung atau di tempat teduh apabila anda berada di luar untuk meminimumkan pendedahan matahari.
  • Gunakan Vitamin C dalam rutin harian: Vitamin C ialah antioksidan yang kaya dengan nutrien. Ia juga terkenal dengan keupayaan untuk mencerahkan kulit dan anti-penuaan. Vitamin C berkuasa untuk meneutralkan radikal bebas dan mengehadkan kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan.
  • Gunakan SPF: Pilih krim pelindung matahari yang sekurang-kurangnya SPF 15 dan gunakan setiap hari. Walaupun pada musim yang sejuk atau mendung, SPF perlu digunakan juga untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya.
See also
Ameera Khan Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Cara Merawat Hiperpigmentasi

Ada beberapa cara untuk merawat hiperpigmentasi sekiranya ada dapati bintik-bintik ini muncul pada kulit anda. Ini termasuk penggunaan:

Foto: Freepik

  • Face Acid: Asid muka atau asid kulit berfungsi dengan exfloliate lapisan atas kulit anda. Setiap kali anda exfloliate kulit anda, sel-sel kulit baru muncul untuk menggantikan yang lama. Proses ini membantu menyekatakan tona kulit anda dan menjadikannya lebih licin secara keseluruhan.
  • Retinol: Retinol adalah salah satu bahan yang paling banyak diperkatakan pada zaman ini. Retinol boleh membantu dalam mengurangkan bintik-bintik pigmentasi gelap dengan mempercepatkan perolehan sel kulit secara semula jadi.
  • Niacinamide: Juga dikenali sebagai vitamin B3, bahan penjagaan kulit yang berkuasa ini telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan bintik-bintik hiperpigmentasi dan dapat memberikan tona kulit yang sekata.

Hiperpigmentasi selalunya tidak berbahaya, namun orang ramai boleh memilih untuk membuang atau mengurangkannya. Pilihan rawatan termasuk mengelakkan pendedahan matahari dan menggunakan teknik pencegahan seperti rawatan kosmetik dan krim.

Artikel Berkaitan: Tip Cantik: Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Betul