Petua Untuk Anda Yang Sukar Tidur - Glam Malaysia
Petua Untuk Anda Yang Sukar Tidur

Petua Untuk Anda Yang Sukar Tidur

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan pula, diri ini masih sukar tidur. Puas memikirkan cara, namun masih sukar untik melelapkan mata. 

Tidur sebenarnya amat penting. Apatah lagi, kita sering disuruh untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup. Bukan suka-suka, namun tidur yang cukup ini banyak manfaatnya buat tubuh badan.  Jangan dibuat main-main dengan nasihat ini, lebih-lebih anda yang banyak menghabiskan waktu dengan bekerja. 

1- Elakkan lampu yang terang ketika tidur.

Sebaiknya kurangkan pengcahayaan ketika anda tidur, baik lampu bilik atau juga lampu di skrin telefon. Ini kerana cahaya mampu mempengaruhi waktu tidur kita. Tahukah anda, kita memiliki hormon melatonin iaitu hormon tidur semula jadi yang dikawal melalui pendedahan cahaya. Hormon ini yang membantu kita tidur dengan baik. 

Dengan kewujudan cahaya tiruan, ia akan menggangu penghasilan melatonin di dalam badan kita. Jadi, tip buat anda yang sukar tidur ini, seeloknya, tidur dalam keadaan gelap, atau elakkan melihat skrin peranti sebelum tidur. Sekiranya anda terjaga daripada tidur, elakkan daripada melihat atau mencari terus menerus cahaya tiruan.

See also
Solekan Minimalis Pilihan Ideal Summer 2022