Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Raikan 10 tahun kolaborasi Louis Vuitton x Marc Newson menerusi Horizon Aluminum. Ini beg kembara aluminium pertama tanpa rivet yang cukup mewah dan versatil!
Meraikan ulang tahun ke-10 kolaborasi ikonik bersama pereka industri tersohor, Marc Newson, rumah fesyen Paris ini membuka lembaran baharu yang cukup mengujakan bagi tahun 2026 menerusi pelancaran Horizon Aluminum. Ini merupakan bagasi aluminium pertama dalam sejarah Louis Vuitton, sekali gus mengangkat standard kembara moden ke tahap yang lebih mewah.
Evolusi Reka Bentuk Futuristik
Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, siri Horizon telah menjadi peneman setia para pengembara elit dunia. Namun, Horizon Aluminum membawa revolusi berbeza. Menggunakan material kegemaran Newson yang terkenal dengan ketahanan tinggi serta sifatnya yang boleh dikitar semula, bagasi ini juga merupakan penghormatan kepada sejarah Louis Vuitton yang pernah mencipta peti aluminium untuk para penjelajah pada akhir abad ke-19.




Melihat pada luarannya, reka bentuk Horizon Aluminum tampak cukup minimalis dan mengalir lancar. Namun di sebalik kekemasan itu, tersimpan seni pembuatan yang amat kompleks. Melalui proses stamping dan potongan laser yang teliti, helaian aluminium dibentuk dengan lengkungan bulat yang menjadi identiti siri Horizon. Menolak rekaan berjalur yang biasa kita lihat pada bagasi aluminium lain, Louis Vuitton menampilkan motif Monogram ikonik yang di embos terus pada permukaan aluminium. Motif ini bukan sekadar estetik, malah berfungsi mengukuhkan struktur bagasi.
Bagasi Aluminium Pertama Tanpa Rivet
Sesuai dengan DNA Marc Newson yang mengagungkan elemen minimalis, komponen mekanikal seperti rivet dan engsel tradisional sengaja disembunyikan. Horizon Aluminum melakar sejarah sebagai bagasi aluminium pertama di pasaran yang bebas rivet. Rangka ultra-nipis acuan 3D satu keping digunakan bagi menggantikan paku besi tradisional. Malah, engsel luaran digantikan dengan mekanisme tersembunyi yang persis kehalusan jam tangan mewah.


Bukan sekadar indah pada luaran, bahagian dalamannya juga dioptimumkan sepenuhnya. Sistem troli diletakkan di bahagian luar shell, manakala lapisan dalaman dibentuk secara thermoformed untuk menghasilkan ruang simpanan yang rata dan luas. Keselesaan kembara turut ditingkatkan dengan pemegang teleskopik ekstra lebar serta roda fleksibel yang menyerap getaran tanpa bunyi bising.
Sentuhan Kemewahan Yang Abadi



Setiap perincian disudahi dengan kemewahan kulit VVN atau kulit hitam premium pada bahagian pemegang dan bucu bagasi. Menariknya, bagasi ini direka untuk kalis impak, namun setiap kesan calar atau kemek yang terhasil sepanjang perjalanan dianggap sebagai “memorabilia” atau parut kembara yang eksklusif. Bagi melengkapkan gaya, koleksi ini turut hadir bersama Vanity Case padanan yang memiliki reka bentuk teknikal yang sama.
Artikel berkaitan: Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Artikel Berkaitan
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
