Skincare Reset: Rutin 30 Hari Untuk Kulit Cantik Berseri Menjelang Tahun 2026
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioAkhir tahun sering membawa refleksi tentang pencapaian, kegagalan, dan perkara yang ingin kita perbaiki. Tetapi di sebalik segala perubahan, satu hal yang sering dilupakan ialah penjagaan diri, terutama kulit. Kulit yang letih, kusam, atau hilang seri mungkin bukan sekadar tanda usia, tetapi juga cerminan gaya hidup dan tekanan harian. Ini langkah mencapai kulit cantik berseri selama 30 hari.
Masuk tahun 2026, mungkin sudah tiba masanya untuk reset. Bukan dengan langkah drastik, tetapi melalui penjagaan lembut dan konsisten selama 30 hari, rutin yang bukan sahaja menyegarkan kulit, tetapi juga mengembalikan keseimbangan diri. Anggap ia sebagai cara perlahan-lahan memanjakan kulit selepas setahun yang panjang.
Rutin ini bukan sekadar tentang produk atau jenama yang digunakan, tetapi tentang memberi perhatian kepada kulit, mendengar apa yang ia perlukan, memberi ruang untuk bernafas, dan menyayangi diri dengan lebih jujur.
Rutin 30 hari penjagaan kulit cantik berseri menjelang tahun 2026
Minggu 1: Bersihkan, bukan sekadar cuci
Mulakan dengan membersihkan kulit secara lembut. Gunakan pembersih yang tidak mengeringkan, elak skrub kasar yang boleh merosakkan lapisan pelindung semula jadi kulit. Dua kali seminggu, lakukan eksfoliasi ringan. Ia membantu menyingkirkan sel mati tanpa mengganggu keseimbangan kulit. Pada masa sama, minum lebih banyak air, kadangkala rahsia kulit cantik berseri bermula dari dalam.
Minggu 2: Bina asas pemulihan

Minggu kedua adalah masa untuk memulihkan. Tambahkan serum dengan bahan aktif seperti niacinamide atau vitamin C. Ini waktu terbaik untuk memperbaiki tekstur dan tona kulit. Sebelum tidur, gunakan pelembap yang kaya namun ringan, biarkan kulit ‘bernafas’ sambil ia bekerja keras sepanjang malam memulihkan dirinya.
Minggu 3: Lindungi dan kuatkan

Selepas dua minggu, kulit mula menunjukkan perubahan, lebih segar dan tenang. Kini masa untuk mengekalkan hasil itu demi kulit cantik berseri. Gunakan pelindung matahari setiap pagi, walaupun cuaca mendung atau anda hanya berada di rumah. Lapisan pelindung UV ialah perisai utama menentang penuaan awal. Sedikit urutan muka juga membantu, bukan sekadar untuk kecantikan, tetapi untuk melancarkan aliran darah dan mengurangkan tekanan.
Minggu 4: Kekalkan konsistensi untuk kulit cantik berseri

Masuk minggu terakhir, anda akan mula memahami corak kulit anda sendiri. Ia bukan lagi tentang mencari produk baharu, tetapi menjaga ritma. Simpan rutin yang mudah, pembersih, serum, pelembap, pelindung matahari. Kadang-kadang kesederhanaan adalah kunci untuk mengekalkan kulit cantik berseri dan sihat.
Kulit cantik berseri, hati yang tenang
Rutin 30 hari ini bukan sekadar tentang penampilan luaran, tetapi tentang menyayangi diri dengan cara yang paling lembut. Apabila anda konsisten menjaga kulit, anda sebenarnya sedang belajar menghargai tubuh yang setia melindungi anda setiap hari. Tahun 2026 bukan hanya bermula dengan kulit cantik berseri, tetapi juga dengan rasa baharu terhadap diri sendiri, lebih yakin, lebih tenang, dan lebih berseri dari dalam.
Artikel berkaitan: 10 Cara Bijak Elak Kulit Muka Kering Ketika Bercuti di Negara Musim Sejuk
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

