5 Amalan Cantik Model-Model Terkenal - Glam Malaysia

5 Amalan Cantik Model-Model Terkenal

Selain selebriti, kita sering memuja kecantikan model-model terkenal. Rata-rata wanita menganggap model ini bagaikan anak patung Barbie, pakai apa pun cantik, bersolek dan berdandan gaya pelik pun masih tak jdipandang jelik. Hakikatnya model juga seperti kita, perlu rajin menjaga dan membelai diri agar apa yang dianugerahkan Tuhan terpelihara dan terjaga. GLAM bariskan lima amalan cantik model terkenal yang sebahagiannya kita sendiri sudah tahu hanya tinggal perlu rajin lakukan. 

5 Amalan Cantik Model-Model Terkenal
La Mer The Treatment Lotion Hydrating Mask

Setia Dengan Pupur

Lihatlah gaya-gaya model di belakang pentas sewaktu menunggu giliran disolek, biasanya mereka akan ambil kesempatan untuk melekapkan muka dengan pupur topeng. Jika tidak keseluruhan muka, sekurang-kurangnya mereka akan menggunakan pupur di bahagian bawah mata. Pupur adalah rahsian untuk merehatkan kulit disamping menyalurkan manfaat atau nutrien yang diperlukan oleh kulit. Sesetengah model menggemari pupur tanah liat kerana ia bagus untuk pori. 

Kurang Bersolek

Jika tidak atas tuntutan tugas memperaga rata-rata model lebih senang membiarkan wajah mereka togel tanpa sebarang solekan. Solekan membuatkan kulit kering dan bagi sesetengah orang pula kulit jadi lebih berminyak. Kulit sebenarnya perlu dihidrat, dan kerana itulah ramai model disiplin dalam menyapu pelembap muka.

See also
Tommy Hilfiger Menutup London Fashion Week S/S 2018

Klik: 10 Tip Cantik Cindy Crawford

5 Amalan Cantik Model-Model Terkenal
The Body Shop Tea Tree Oil

Rahsia Tea Tree Oil

Tea tree oil merupakan antibakteria yang bagus untuk kulit dan tidak hairanlah bila sahaja jerawat tumbuh ramai model akan menggunakan produk yang mengandungi tea tree oil kerana ia Bagus untuk membersihkan pori. Bella Hadid pula pernah berkongsi yang dia akan menggunakan ubat gigi bila wajahnya ditumbuhi jerawat. Katanya petua itu dikongsi oleh kakaknya, Gigi Hadid. Tapi pesannya jangan gunakan banyak, sikit saja sudah memadai. 

Stim Muka

Saya percaya anda pernah mendegar tip ini dan mungkin juga sudah pernah mencubanya sendiri. Model Victoria’s Secret, Olivia Hunter akan stim mukanya pabila berada di rumah. Biasanya dia akan mengisi Mangkuk dengan air panas bersama teh pudina dan serkup kepalanya dengan tuala dengan wajahnya tunduk menghadap mangkuk berisi air panas. Baginya dengan cara ini pori kulitnya berasa segar dan bersih.

5 Amalan Cantik Model-Model Terkenal
This Works Skin Deep Dry Leg Oil

Menyapu Minyak Pada Kaki

Apabila melihat model-model melewati pentas peragaan, selain muka dan pinggang secekak, mata kita biasanya akan tertumpu melihat kaki-kaki mereka yang panjang dan runcing belaka. Bila ada yang melangkah dengan skirt pendek kita akan perhatikan kulit kaki mereka yang tampak licin, mulus dan bersinar-sinar. Rahsianya? Mereka gemar menyapu minyak untuk memastikan kulit kaki kekal hidrat selaian minyak membuatkan kulit kaki bersinar bila terkena lampu pentas.

See also
Pilihan Jisoo Gincu Ikonik Dior Addict

Klik: Punca Bibir Kering Berdarah