10 Amalan Cantik Cindy Crawford, Rahsia Awet Muda Di Usia Separuh Abad - Glam Malaysia

10 Amalan Cantik Cindy Crawford, Rahsia Awet Muda Di Usia Separuh Abad

Cindy Crawford usianya sudah melebihi 50 tahun namun wajah dan tubuhnya masih cergas, kekal awet muda. 

Siapa yang tidak mengenali Cindy Crawford, dia antara supermodel era 90-an yang punya pengikutnya tersendiri. Malah hari ini, sekali-sekala dia masih diundang membuat kemunculan istimewa di pertunjukan fesyen. Anaknya, Kaia Gerber turut mengikut jejak langkah serupa dan sudah menjadi antara model paling laris hari ini. GLAM mengumpul 10 amalan dan tip cantik wajah jam tangan Omega ini. 

1- Setiap pagi Cindy tidak pernah lupa mengurut kawasan matanya menggunakan A Glycelene Golden Ice Globeā„¢. Sebelum mengurut sekitar matanya dengan dua bebola ini dia akan rendamkannya dalam ais batu untuk rasa lebih nyaman. 

2- Untuk memastikan dirinya kekal fit dan sihat, dia mempelbagaikan rutin senamannya. Ada masanya dia memanjat bukit (hiking), berlari, squat dan angkat berat. Menurut Cindy, gaya senaman lama Lebih sesuai dengan dirinya. Dia juga ada mengupah jurulatih peribadi yang melatihnya tiga kali seminggu. 

See also
Meraikan 14 Februari Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton

Artikel Berkaitan: GLAM 101 Cindy Crawford

3- Menurut wanita kelahiran Illinois, Amerika ini dia gemar menggunakan perapi tanpa bilas sewaktu tidur. Kongsinya dengan majalah Vogue Paris, biasanya dia juga gemar menyapu serum atau perapi rambut sewaktu bersenam. Biasanya selepas bersenam dia akan mencuci rambut, jadi dia ambil kesempatan itu untuk menyapu produk rawatan rambut sebelum bersenam. Biasanya dia menyapu pada hujung rambut. 

4- Menyapu krim pelindung matahari adalah rutin wajib baginya. Menurut Cindy dalam satu temubual, kulitnya mudah menjadi gelap bila terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama jadi baginya krim pelindung SPF itu satu keperluan. 

5- Jenama kecantikan yang digunakan Cindy ialah Meaningful Beauty iaitu produk kecantikan miliknya yang dibangunkan bersama Dr. Jean-Louis Sebagh. Dia sudah menggunakan produk itu sejak dia berusia 30 tahun. 

6- Untuk menjaga kulit tubuhnya, Cindy biasanya akan menyapu minyak (body oil) selepas mandi. Dia akan sapukan ke seluruh badan dan kaki, kemudian biarkan seketika dan lap dengan tuala. Cindy mengakui dia menggunakan Nuetrogena Body Oil sejak dulu. 

See also
Remedi Kecantikan Bahan Semula Jadi

7- Dalam satu temubual dengan majalah Vogue, Cindy ada bercerita yang dia tidak suka menggunakan bedak dan biasanya dia akan menggunakan concealer sahaja. Katanya dia cuba mengelak menggunakan bedak kerana baginya bedak menyebabkan kulitnya kering dan garis juga kedutan di mukanya akan lebih jelas. 

8- Cindy juga tidak suka gaya kening nipis. Biarpun trend kening halus begitu popular di era kegemilangannya, dia tidak pernah mengikut trend itu. Dia bersyukur tidak terjebak dengan gaya itu kerana baginya pabila kerap mencukur atau mencabut kening, lama-lama bulu kening akan merajuk dan tidak mahu tumbuh. Malah dia berpesan kepada anaknya jangan sesekali berlebih-lebih bila mencabut kening. 

Benarkah Cindy Crawford Memaksa Anaknya, Kaia Gerber Berlapar?

9- Cindy sangat menyukai maskara dan dari sejak dulu lagi dia menyenangi maskara dari jenama Maybelline. 

10- Setiap pagi Cindy akan meminum smoothie yang dibuat sendiri. Dia akan mengisar bayam, susu badam, pisang, serbuk protein dan daun pudina.