Terapi Vegan Rahsia Kulit Wajah Semakin Sihat - Glam Malaysia

Terapi Vegan Rahsia Kulit Wajah Semakin Sihat

The Face Shop memperkenalkan barisan penjagaan kulit premium yang berasaskan Vegan khas untuk kulit sihat dan terhidrasi sempurna.

Therapy Vegan

Siapa yang tidak mahukan kulit wajah kekal terhidrasi sepanjang hari. Jenama penjagaan kulit yang juga amat menyokong Clean Beauty iaitu The Face Shop melancarkan rangkaian produk baharu di bawah barisan The Therapy Vegan. Seperti The Therapy Vegan Moisture Blending Cream, Blending Serum dan Moisturizing Sun Serum.

The Face Shop Therapy Vegan

Yang menarik mengenai rangkaian ini kerana kandungannya sangat berbeza berbanding produk yang berasaskan Vegan. The Therapy Vegan Moisture Blending Cream mempunyai duo tekstur berbeza seperti gel dan krim. Malah, lapisan ini hendaklah diadunkan sebati agar kandungannya menyerap pada kulit wajah dengan sempurna.  Krim wajah ini dibahagikan kepada dua lapisan iaitu krim gel untuk lapisan pertama dan krim penghidratan pada lapisan kedua.

The Face Shop Therapy Vegan

The Therapy Vegan Moisture Blending Cream mempunyai duo tekstur berbeza seperti gel dan krim.

Lapisan pertama mengandungi minyak pati dengan kandungan pelembap yang tinggi dan lapisan kedua mempunyai lebih 85% zarah air yang terdiri daripada sistem pengemulsi HLB yang tinggi. Apabila kedua-dua lapisan ini digabungkan ia memberi kelembapan dan penghidratan yang mendalam sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Malah, krim wajah ini juga mempunyai Cooling Effect (Yang melalui ujian klinikal untuk kesan penurunan suhu kulit secara mendadak kepada 5.6 darjah dan juga melembapkan kulit secara cepat sebanyak 113.9 % dan bertahan selama 48 jam).

See also
Wangian Gucci Flora Edisi Terhad Terbaru

The Face Shop melancarkan rangkaian produk baharu di bawah barisan The Therapy Vegan, iaitu The Therapy Vegan Moisture Blending Cream

The Face Shop Therapy Vegan

Kandungan utama Therapy Moisture Blending Cream ini mengandungi 3 Swiss Alpine Herba (Edelweiss, Thyme, Buddleja). Jeju Hydrangea Leaf untuk penghidratan yang kuat. Edelweiss menggalakkan penciptaan gentian kolagen serva keanjalan kulit. Thyme atau Buddleja pula menggalakkan gen filaggrin yang penting untuk melembapkan kulit dengan lebih tegang. Juga bahan utama, daun Hydrangea telah diperakui dengan kesan peningkatan sintesis asid hyaluronik dan sangat penting untuk penghidratan kulit. Hanya dengan satu krim pelembap wajah ini, kulit anda akan lebih bersinar sempurna.

Therapy Vegan

Sasaran The Face Shop dalam menakluki trend Clean Beauty sangat diperluaskan seperti rangkaian Therapy Vegan, ianya dilabelkan sebagai Vegan Beauty. Seperti pembungkusan terbiodegradasi, ketiadaan bahan-bahan yang berasaskan haiwan atau kekejaman haiwan dalam proses pembuatan kosmetik.

Rangkaian The Face Shop Therapy Vegan telah berada di pasaran pada 2 Mei 2023 di semua 45 buah butik fizikal The Face Shop dan secara dalam talian di Malaysia.

See also
Athina Pesan Jangan Insecure Dengan Tubuh Anda!

Artikel berkaitan Kecapi 7 Keajaiban Kulit Dengan THE FACE SHOP The Therapy First Serum