KL Festival 2026 Kembali Menjadi Pentas Warisan Seni Malaysia
Bermula dari 6 hingga 31 Mei 2026, KL Festival akan menjadi nadi pusat bandar Kuala Lumpur dengan transformasi merentasi bangunan warisan, jalanan ikonik, dan ruang awam. Dengan menyatukan seni, budaya, dan pengalaman sivik, sebahagian besar acara yang ditawarkan itu turut secara percuma dan mesra seisi keluarga.
Dianjurkan oleh Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, serta disokong oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri) sempena Tahun Melawat Malaysia, KL Fest menjadikan kawasan bersejarah sebagai destinasi kebudayaan penuh warna, merentasi ruang awam dan bangunan warisan. Selama 26 hari, KL Fest akan menyemarakkan 25 lokasi, dari ruang awam hingga jalanan ikonik, dengan lebih 80 aturcara yang berlangsung lebih 700 jam. Ia turut menawarkan 90% acara secara percuma dan terbuka untuk semua. Pesta ini sekaligus menyatukan dunia seni sambil memupuk budaya penglibatan bandar yang lebih menyeluruh.
Memory & Tomorrow Sebagai Ilham Tema

KL Festival tahun ini menyingkap bagaimana seni yang kita warisi akan membentuk masa depan akan datang. Berakar daripada kekayaan budaya Malaysia dan memberi ruang kepada suara belia, pesta edisi kali ini memadukan pelbagai aturcara seperti wayang kulit, tarian Jogeton, teater yang imersif dan pemasangan karya seni di ruang awam. Ia memberi ruang kepada individu untuk lebih menghargai warisan seni Malaysia dan mengajak kita untuk memeliharanya demi generasi masa depan.
Dialog Seni Kotemporari Dan Tayangan Perdana

KL Festival 2026 turut mempersembahkan tayangan perdana seni Malaysia dan Asia. Maka, ia menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi serantau bagi dialog seni kontemporari, dengan persembahan antarabangsa seperti Fragments of Tuah (Mark Teh & Faiq Syazwan Kuhiri), Pending (January Low), Origin of a Tale (Collectif Kahraba), Chapter 2 (Pichet Klunchun) dan Lessons of Silence (Agnes Christina). Selain itu, aturcara mesra seisi keluarga dan belia termasuk teater OKU Siapa Cacat?, joget lambak Jogeton, konsert warisan Irama Pusaka, transformasi jalan Warung Terang, persembahan The Wayang Women turut menjadi salah satu tarikan utama yang boleh dikunjungi.

Turut menghangatkan suasana, KL Festival menampilkan acara filem hujung minggu bersama FINAS, bengkel dan studio terbuka Artskap ASWARA, seni pemasangan awam bersama KL Architecture Festival. Pengunjung juga boleh berkelah sambil menonton wayang pacak diiringi Planet KL yang meneroka hidupan liar dan ekosistem bandar. Setiap aktiviti yang dirangka dengan teliti ini dapat memupuk penghargaan mendalam terhadap seni warisan kita.
Melihat Kuala Lumpur Lewat Lensa Seni dan Warisan

June Tan, Pengarah Seni KL Fest berkata, “Pesta ini mengajak kita melihat ibu kota dengan lebih teliti, menyelami cerita tersembunyi di jalan, bangunan, dan komuniti. Dengan tema Memory and Tomorrow, setiap artis membawa sejarah sambil membayangkan masa depan dan menjadikan kota ini pentas seni untuk semua.” KL Fest edisi pertama pada 2024 menarik lebih 140,000 pengunjung, menghidupkan 26 lokasi, serta menjana lebih 800 peluang pekerjaan kreatif sekaligus membuktikan peranan budaya dalam memulihkan pusat bersejarah kota. Untuk maklumat lanjut, layari www.klfestival.com.my.
Artikel berkaitan: Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
