Kempen Coach Dibintangi Yuna Dirakam di Kuala Lumpur
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioYuna yang menjadikan Los Angeles sebagai rumah keduanya disambar oleh Coach untuk kempen Holiday 2020 mereka. Dia menjadi penyeri kempen akhir tahun Coach dan sebaris dengan selebriti global lain seperti Jennifer Lopez, Kiko Mizuhara dan Michael B. Jordan. Dek kerana Covid-19 dan tidak boleh terbang ke negara luar, Yuna merakam kempen ini di Malaysia. “Sudah lama saya dan Coach menjalinkan kerjasama. Sejak 2016 lagi! Namun, kerana masalah lokasi ada perancangan terbantut. Kini sebabkan Covid-19, saya kembali ke Malaysia dan lebih mudah untuk berkerjasama dengan Coach. Apabila ditanya untuk membintangi projek ini, terus saya bersetuju! Menjadi wakil Malaysia dan untuk kongsi pada semua yang kita juga merayakan musim akhir tahun,” ujar Yuna ketika diwawancara melalui Zoom.

Walaupun Malaysia masih dalam tempoh pergerakan terkawal, Yuna dan Coach berjaya melaksanakan penggambaran ini mengikut produser yang ditetapkan. Pasukan daripada Amerika Syarikat merakam kempen ini melalui Zoom. “Ia adalah satu pengalaman baru buat saya. Norma baru ini memberi kami semua satu challange untuk berkarya melalui lokasi di Cyberjaya! Saya stail sendiri sambil berkomunikasi dengan team di sana,” kongsi Yuna!

Pautan Berkenaan: Keriangan Akhir Tahun Bersama Coach
Yuna juga berkongsi yang tema kekeluargaan menjadi sebab utama juga dia mahu bekerja sama dengan Coach. “Mereka kumpulkan ahli keluarga untuk membintangi projek akhir tahun ini! Ia selari dengan trend sekarang yang inklusif serta masih eksklusif.”
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
