Keriangan Akhir Tahun Bersama Coach - Glam Malaysia
Keriangan Akhir Tahun Bersama Coach

Keriangan Akhir Tahun Bersama Coach

It’s the holiday season! Idea pemberian hadiah kembali bersempena musim percutian dan bukan sahaja itu, aktiviti berkumpul bersama keluarga tersayang dan sahabat handai, tidak dinafikan telah menjadi aktiviti kebiasaan untuk cipta keriangan akhir tahun.

Jenama Coach menyemarakkan keriangan akhir tahun dan musim percutian, dengan memperkenalkan siri kempen musim percutian dan himpunan baharu berinspirasikan musim percutian.

Siri kempen tersebut dilancarkan demi memperingati juga mengutuhkan magis di sebalik budaya memberi dan menerima. Sesuatu yang dekat dengan hati Coach saban musim. Bersempena dengan itu, Coach telah menyusun beberapa aksesori utamanya sebagai ‘gifting idea’ paling sempurna untuk dihadiahkan kepada sesiapa sahaja.

Sungguh pun satu dunia didesak wabak Covid-19, namun Coach tidak menganggapnya sebagai satu penghalang untuk dunia meraikan keriangan musim percutian. Tradisi harus diteruskan. Tidak bermakna ‘lockdown’ itu, kita semua perlu berjauhan atau berkurung sendirian sehingga menimbulkan kekecewaan. 

Di sebalik hiba, Coach melancarkan siri kempen holiday bagai menerbitkan satu manifesto seni yang mengilhami kekeluargaan, kepositifan dan kebahagiaan. Kasih sayang adalah segalanya untuk mencipta momen keriangan akhir tahun.

Keriangan Akhir Tahun
Keriangan Akhir Tahun

Kempen musim percutian 2020 bertema “Holiday Is Where You Find It” ditunjangi duta Coach juga penghibur berbakat besar, Jennifer lopez yang disertai ibunya, Guadelupe Lopez dan dua anak kesayangan, Emme dan Max. Keluarga kecil ini dirakam sedang bercanda sesama mereka dalam suasana yang meriah. Masing-masing bergaya dalam himpunan Coach dedikasi musim holiday 2020. 

See also
Selena Gomez Sebagai Muka Baru Coach

Duta kempen Coach yang lain, seperti Michael B. Jordan pula mengajak ahli keluarga terdekat yakni ibu dan bapanya serta adik-beradik untuk tampil dalam kempen musim percutian sempena tema “Holiday is Where You Find It”. Menambah lagi kehangatan tahun baharu yang bakal berkunjung. 

Turut tidak ketinggalan adalah rakan jenama Coach yang lain, Kiko Mizuhara, Jeremy Lin, Megan Thee Stallion dan ramai lagi.

Lebih membanggakan, penyanyi dan pemuzik asal Malaysia yang kian mencipta nama dalam persada fesyen, Yuna turut ditampilkan dalam kempen Coach musim percutian tahun ini. Buat pertama kalinya Yuna muncul dan namanya kini sebaris dengan duta global Coach yang lain.  

Kempen “Holiday is Where You Find It” memfokuskan aksesori wanita beg silang Beat yang memvisualkan rentak dan gaya hidup di Downtown New York. Bagi lelaki pula, himpunan beg galas dan beg silang Hitch mencurahkan idea gifting terbaik yang turut mengilhami rencam gaya hidup warga New York. 

KOLEKSI COACH HOLIDAY 2020

See also
Dolla Hiasi Billboard Ikonik di Times Square New York

Dalam pada kesempatan musim percutian, Coach memperkenalkan himpunan aksesori dan helaian untuk lelaki dan perempuan-yang tidak hanya praktikal, malah juga disatukan dengan nada gaya chic. 
Tiap rekaan yang terkandung menjulang azam musim percutian dan mengisi janji kemahuan generasi masa kini. Yakni berkaitan dengan kekaburan jantina juga berteraskan imej cool dan urban.

Koleksi ini tidak mengabaikan praktikaliti, yang mana tiap satu aksesori memanfaatkan kefungsian dan bermutu- dihasilkan mengguna material mewah. Mainan warna yang kepelbagaian meraikan kehendak pasaran sekarang yang obses dengan imej cool. Imej cool dipertingkatkan lagi dengan tampilan maskot Rexy dalam pelbagai aksi comel.

Sesuatu yang baru dalam koleksi kali ini adalah suntikan motif langit-langit kota New York yang sangat ikonik. Yang membingkaikan pelbagai perspektif. Setiap aksesori serta produk Coach diberi penegasan dalam pembikinan kempen musim ini. 

Rangkaian tas tangan ‘the Beat Bag’ menguasai pandangan kita dengan reka bentuk empat segi dalam saiz medium yang mencedok karakter orang-orang di Downtown New York. Menjadikan aksesori tersebut sebagai karakter utama dalam kempen musim percutian tahun ini. 

See also
Givenchy ke Marikh Untuk Kempen Terbaru

Perihal jaket pula menghayati kreativiti yang ditampilkan dalam gaya dramatik, yang mana cukup ‘cozy’ dengan butiran penting iaitu bulu biri-biri. Siluet lembut yang signifikan dengan musim percutian, menghiasi setiap jaket, kot trench, jaket puffer, kemeja T, hoodies, dan baju panas yang dihadirkan dalam rona senada. Koleksi ini mula terjual di butik-butik utama Coach pada 15 November 2020. Happy holidays everyone! 

#CoachHoliday #CoachNY