Gucci Didakwa Mencuri Idea Seorang Pelajar Central Saint Martins - Glam Malaysia

Gucci Didakwa Mencuri Idea Seorang Pelajar Central Saint Martins

Baru sahaja minggu lalu jenama fesyen Itali Gucci mengeluarkan beberapa klip video ujibakat yang menampilkan makhluk asing memakai koleksi F/W 17 mereka untuk kempen terbaru mereka.

 

Namun tidak lama selepas itu netizen mula mengecam Gucci kerana mendakwan fashion house tersebut telah mencuri idea daripada pereka fesyen yang lain.

 

Pierre-Louis Auvray yang merupakan seorang pelajar di sekolah fesyen breprestij di London, Central Saint Martins yang dikenali dengan hasil karyanya yang menggabungkan muka makhluk asing ataupun fantasi ke atas badan model yang berjalan untuk jenama-jenama besar.

 

See also
Vivy Yusof, A Grand Passion

“Penggiat kreatif muda sudah cukup bersusah payah tanpa syarikat besar mencuri idea daripda kami,” nyata Auvray dalam satu pos di Instagramnya.

 

Dakwaan yang dibuat oleh Auvray ini begitu serius sehinggakan pengarah kreatif Gucci Alessandro Michele sendiri tampil untuk menyuarakan pendapatnya sendiri.

 

“Ini tidak benar. Ia sesuatu yang membuatkan saya berasa sangat sedih. Orang mereka cerita tanpa bukti yang kukuh.”

 

Kemiripan konsep mereka hanyalah kebetulan: “Ia perihal memori saya, jadi filem daripada tahun 70-an [termasuklah Star Trek: Losit in Space] yang saya sudah saksikan banyak kali.”

 

Michele juga menyatakan mustahil mereka mencuri idea itu daripada Auvray yang baru sahaja mula kongiskan hasil karyanya pada bulan Februari ini. Manakala Gucci pula telah merancang kempen ini berbulan yang lalu kerana ini merupakan projek yang besar buat mereka.

 

Pereka fesyen itu juga akan menghubungi Auvray sendiri untuk meleraikan persengketaan ini.

Auvray juga telah mengeluarkan kenyataannya sendiri kepada BoF:

This is an aesthetic that I have heavily featured on my social media for a very long time … I intended to keep working on and make it a part of my graduate collection portfolio, [but] I will no longer be able to do it because I am just a student and Gucci has an international platform … Fashion has some really ugly sides and what happened to me is very sad but I am conscious that some companies [have done] even worse things to plenty of other young artists. But it doesn’t mean it should be normalised. Instagram and social medias are great promotion tools for us, I just wish these companies would not use them to steal our ideas.

So what’s going on now?

See also
Urban & Sporty, Fokus Utama Pra-Luruh 2022 Louis Vuitton