Tas Tangan Musim Panas Setiap IT Girl Perlu
Tas Tangan Musim Panas Setiap IT Girl Perlu

Trend Tas Tangan Setiap IT Girl Perlu Miliki

Trend tas tangan musim panas kali ini hadir penuh dengan kejutan. Adakah anda bersedia untuk menukar beg tangan anda dengan gaya terkini?

Masuk sahaja musim panas, pastinya kita mahu gayakan helaian yang lebih santai dan effortless. Tas tangan juga harus mempunyai gaya yang sama. Sekarang estetika “quiet luxury” pula tampil dalam tenunan semula jadi yang tebal, dan kemasan yang mewah, seperti kulit ular dan emas berkilauan. 

Ayuh semak 10 tas tangan pilihan GLAM hari ini.

10 Trends Tas Tangan IT Girl Perlu Ada

1. All Natural

Sebagai persediaan untuk musim panas, kebanyakan IT girl akan membawa beg jerami, rafia dan rotan yang cantik sedia ada. Tas tangan dalam bahan semula jadi ini hadir dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian look anda.

Beg linen dan rafia pula selalunya diperbuat daripada gentian semula jadi, menjadikannya pilihan yang baik dan mesra alam.

2.Vintage Vibes

Tas Tangan Musim Panas Setiap IT Girl Perlu

Beg gaya vintaj semakin menjadi perhatian sekarang terutamanya dalam kalangan generasi muda. Trend ini tampil dengan labuci, manik atau sulaman retro yang mengibau kembali kenangan pada zaman 90-an.

Generasi yang lebih berusia yang lebih mengenali siluet itu juga menghargai gaya ini. Padankan gaya vintaj yang dihiasi dengan pakaian fesyen yang neutral untuk penampilan kelihatan lebih moden. 

3. Y2K nostalgia

Tas Tangan Musim Panas Setiap IT Girl Perlu

Sejak kebelakangan ini, ia memberi impak yang serius kepada koleksi, sama ada skirt mini hingga ke low waist pants, dan sudah pasti beg tangan juga mengambil bahagian.

Beg gesper Y2K yang sangat penting seperti Prada Moon Padded Bag, dilihat di seluruh dunia dengan gaya klasik yang telah menular pada musim panas kali ini. 

4. Baguette-shaped

Jika ada satu trend beg tangan untuk musim bunga 2023 yang pasti tidak akan ketinggalan zaman, ia adalah beg baguette. Dengan tali di bawah bahu dan flap yang sesuai, anda pasti kelihatan ikonik dengan bergaya dalam beg tangan berbentuk Baguette.

5.Half Moon Shape

Serlahkan musim panas kali ini dengan gaya tas tangan yang berbeza. Walaupun bentuknya unik, beg separuh bulat itu juga sangat praktikal.

Ia biasanya bersaiz kecil hingga sederhana, yang menjadikannya sesuai untuk membawa barang keperluan anda, seperti telefon, dompet, kunci dan alat solek anda. Ia juga boleh dipakai sebagai beg silang badan atau di bahu yang menjadikannya mudah untuk kegunaan yang bebas.

6. Sequined dan Beaded

Suntik sedikit kilauan dalam penampilan harian anda dengan tas tangan penuh labuci ataupun manik. Bukan sahaja ia elevate gaya anda untuk nampak lebih mewah, ia juga playful dan manis.

7. Shiny Metallics

Metallics juga antara trend tas tangan terkini musim panas pilihan IT girls sekarang. Beg ini hadir dengan reflektif fabrikasi yang boleh menambah kilauan pada almari pakaian anda sepanjang tahun.

Chanel, JW Anderson dan Gabriel Hearst semuanya menampilkan beg metalik yang menarik dalam koleksi mereka, dan sementara itu emas tetap kekal menjadi kegemaran, manakala silver juga berjaya mencuri perhatian.

8. Top Handle

Gaya vintaj ini pasti akan muncul semula pada tahun 2023, dan walaupun mereka mempunyai rasa retro yang cantik, tas tangan ini membuktikan bahawa ia masih boleh kelihatan sangat moden dan bergaya. Top Handle bag membuatkan anda kelihatan anggun dan bergaya di sepanjang hari.

Siluet beg ini sentiasa tampak menarik dan menjadikan versi musim baharu yang lebih diminati orang ramai.

9. Denim Washed

Tas Tangan Musim Panas Setiap IT Girl Perlu

Kegemaran gadis yang dilihat seperti Julia Fox dan Kim Kardashian, aksesori denim adalah pesaing utama untuk musim panas. Walaupun sepatu boot yang diperbuat daripada bahan itu menjadi trend pada musim luruh dan musim sejuk, namun gaya ini masih boleh dipakai semasa musim panas.

10. XL bag

Musim panas kali ini, beg tote XL telah menjadi pemenang besar dalam trend beg tangan dan membuktikan bahawa beg musim baharu juga boleh bergaya dan praktikal. Jika anda berani, padankan beg size XL ini dengan helaian yang lebih simple dan bersahaja kerana attention will go to the bag!

Artikel berkaitan: 5 Beg Ini Boleh Digaya Setiap Masa,Tidak Kira Situasi