Sentuhan Sarah Burton Mengorak Langkah Di Givenchy
Sejarah berulang kembali. Sarah Burton menyambung legasi McQueen di Givenchy. Pelantikan ini menandakan satu pencapaian besar buat fesyen.
Sarah Burton, kini beliau membawa angin perubahan sebagai pengarah kreatif di Givenchy. Pereka fesyen terkemuka dari Britain yang terkenal sebagai pengarah kreatif di rumah fesyen mewah Alexander McQueen dan peranannya dalam dunia fesyen tinggi. Dinyatakan Burton melepaskan jawatannya dari Alexander McQueen tahun lepas, beliau teruja “untuk membawa visi, sensitiviti, dan kepercayaan saya sendiri ke Givenchy.” “Ini satu penghormatan besar untuk menyertai rumah fesyen indah Givenchy, ia bagaikan permata,” kata Burton.
Sarah Burton Menyulam Inovasi dan Gaya Buat Era Keemasan Givenchy

Justeru, pelantikan Burton di Givenchy adalah babak baharu yang menarik untuk jenama ini. Beliau merupakan salah seorang pereka yang paling dihormati dalam dunia fesyen, bukan hanya kerana kemahiran dan visinya yang luar biasa, tetapi juga kerana pendekatannya yang rendah hati dan berpusatkan pasukan dalam mengarah kreatif. Burton dan team bersama-sama saling menyerap segala yang akan memberi ilham kepada karya-karya menakjubkan yang akhirnya akan dipersembahkan di pentas peragaan.

Di bawah bimbingan Pengarah Kreatif Sarah Burton, jenama Alexander McQueen terus berkembang maju, kekal setia kepada visi pengasasnya sambil berkembang mengikut peredaran zaman. Daripada motif tengkorak ikonik hingga jahitan yang begitu teliti dan halus, kekal sebagai simbol kemewahan berani dan ekspresi diri yang unapologetic. Menyambung legasi McQueen, Burton dikenali dengan melembutkan nada gelap dan teatrikal yang kadangkala terdapat dalam koleksi Alexander McQueen, sambil menambah sentuhan keanggunan dan kelembutan sendiri, tanpa mengabaikan estetika dramatis dan sempadan yang didorong oleh McQueen.

Alexander McQueen SS11, Burton’s first solo collection for the brand. Photo: Francois Guillot/AFP via Getty Images

Alexander McQueen FW14. Photo: Marcus Tondo

Alexander McQueen SS22.

Alexander McQueen FW21. Photo: Paolo Roversi / Courtesy of Alexander McQueen

Alexander McQueen SS17. Photo: Kim Weston Arnold / Indigital.tv

Seterusnya, Burton meraih pengiktirafan antarabangsa selepas mencipta gaun perkahwinan ikonik untuk Catherine Middleton (kini Puteri Wales). Bagi majlis perkahwinannya dengan Putera William pada tahun 2011, yang melambungkan namanya ke persada dunia dan memahat legasinya dalam sejarah fesyen global. Burton seorang figura yang disanjung dalam industri fesyen.
Koleksi pertama Givenchy beliau akan dipersembahkan pada Mac 2025.

Akhir kata, Sidney Toledano, pengerusi lembaga Givenchy, berkata dalam satu kenyataan pagi ini. “Sarah Burton ialah bakat kreatif yang luar biasa, dan saya telah mengikuti hasil kerjanya dengan penuh minat selama bertahun-tahun. Saya gembira beliau menyertai Givenchy hari ini.” “Visi dan pendekatannya yang unik dalam fesyen akan menjadi sangat berharga bagi Maison ikonik ini”. – “Yang cukup terkenal dengan keberanian dan haute couture-nya.” “Saya yakin bahawa kepimpinan kreatifnya akan menyumbang kepada kejayaan masa depan dan kedudukan antarabangsa Maison ini.” kata Toledano.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
