fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
H&M Studio Koleksi SS2; Tiba Masa Untuk Tekan Play
We’re Not Really Strangers x Valentino, Bicara Kepositifan dan Kebersamaan
GLAM Lebaran 2025: Trend Paling Popular Tahun Ini
GLAM 101: Roger Vivier
Trend: Segalanya Fringe
Home > Fesyen > Toga Archives X H&M, Serlahkan Stail Individualistik

Toga Archives X H&M, Serlahkan Stail Individualistik

Koleksi Toga Archives X H&M mengabadikan rekaan berkarakter individualistik daripada arkib Toga.

H&M mengumumkan kolaborasi terbaru mereka dengan jenama cool asal Jepun, Toga. Melalui koleksi Toga Archives X H&M ini, helaian yang dipertaruhkan adalah terus daripada koleksi arkib milik Toga, milik Yasuko Furuta. Jenama yang ditubuhkan pada 1997 ini mencipta fenomena dengan gabungan nilai western bersama karakter sensual. Juga, mata Furuta dalam menyuntik gaya vintaj dalam rekaannya buat jenama Toga. Kini, melalui koleksi dengan H&M mampu meluaskan lagi pasarannya dalam arena global.

Ann-Sofie Johansson, Penasihat Kreatif di H&M berkongsi yang pemilihan melancarkan koleksi bersama Toga adalah kerana Yasuka Furuta bijak mereka helaian yang versatil. Boleh lihat pada rekaan cut-out yang dihasilkan oleh Furuta mempunyai nilai seksi dan boleh digayakan bersama baju dalam sarat jemeki untuk stail sensasi glamor. H&M bangga mampu menawarkan helaian yang cukup playful ini buat pasaran lebih luas.

toga archives

Fesyen menjadi medium komunikasi idea secara cepat dan bukan lisan. Melalui Toga, saya mahukan konsep di mana klien mempunyai kuasa dalam cara mereka memakai baju dan mampu menterjemahkan persanliti mereka dengan mudah. Mereka boleh memilih untuk menunjukan kulit sebalik skirt yang berlubang atau sarungkannya dengan seluar. Saya harapkan koleksi bersama H&M ini mampu memperkenalkan idea ini pada audien global.

Koleksi Toga Archives X H&M bakal dilancarkan pada 2 September.

Pautan Berkaitan: Lisa Blackpink Buat Kemunculan Di Bvlgari Colors