FENDI Spring/Summer's 8 Best Looks - Glam Malaysia
FENDI Spring/Summer's 8 Best Looks

FENDI Spring/Summer’s 8 Best Looks

KIM JONES MENEROKA AURA GLAMOR ZAMAN DISKO DAN MENYOROTNYA PADA KEWANITAAN RAGAM IDENTITI. 

 

Kim Jones bersederhana untuk himpunan musim bunga 2022 FENDI. Mencirikan koleksi yang bersifat bebas, memerihal warna asas, di samping sifat kewanitaan yang kuat mengalir dari gaun ke trench. Atau jaket kemeja dan seluar labuh yang nyata menggariskan glamor zaman disko.

Ruang acara menyaksikan nuansa gelap dan glamor. Cukup elegan sewaktu koleksi dipentaskan. FENDI mengambil citra seni Antonio Lopez ke dalam seluruh koleksi yang mempamerkan transisi gaya perempuan sehari-hari. Dari siang hingga ke malam, sebuah peralihan yang nyata menggambarkan karakter wanita FENDI.

Logo lakaran tangan oleh Antonio Lopez, membuka koleksi tersebut yang cukup terkenal dengan kecirian suasana Studio 54. Dimulai dari palet rona putih dengan potongan tegas, berstruktur dan bersih kemudian beralih ke rekaan nuansa warna lembut dengan beragam potongan yang lebih longgar dan labuh ke bawah.

Seterusnya, pautan warna yang lebih gelap dan ‘moody’ mengakhiri koleksi, membaluti pada rekaan gaun, celana dan skirt yang disatukan dengan gaya rambut era disko ‘70-an. Potongan berbulu turut diwujudkan dalam shearling, memberi gambaran gaya klasik disko.

See also
Gaya Selebriti Bersama MCM

Antonio Lopez merupakan rakan baik mendiang Karl Lagerfeld. Jelas Kim lagi, Antonio sentiasa menjadi individu yang memberinya inspirasi. Fikirannya sangat luas, inklusif dan dikagumi ramai termasuk seniman, seperti Andy Warhol dan David Hockney. Kim mahu memperkenalkannya kepada kelompok generasi baru.

Beg tangan FENDI First yang menjadi jinjingan andalan pada musim-musim terdahulu kembali dipentaskan. Tampil dalam ciri yang lebih bold. Dipadankan bersama, beg tangan Baguette dengan variasi rekaan yang menggemilangkan faktor mewahnya. Tak terlupa, sepatu tinggi FENDI First yang diolah rupa baharu dengan suntingan gaya ikonik ‘70-an, yakni jalur-jalur dan bulu-bulu. It’s time to hit the dancefloor, again!

Artikel berkaitan: DIOR Spring/Summer 2022’s 8 Best Looks