Kaca Mata Emporio Armani, Junjung Kelestarian Fesyen - Glam Malaysia

Kaca Mata Emporio Armani, Junjung Kelestarian Fesyen

Emporio Armani bergerak ke hadapan, senada dengan permintaan dunia sekarang. Jenama tersebut menyemati semangat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Ia memikul tugas untuk merawat alam, pendekatan dengan kelestarian fesyen, dengan menghadirkan Emporio Armani Eyewear pada tahun 2021, seleksi kaca mata yang diperbuat daripada bahan-bahan mesra alam.

Fokusnya pada kelestarian fesyen adalah menerusi kraf serta rekaan-rekaannya  yang terkoordinasi: dari reka bentuk produk dan pemprosesan, hingga penggunaan bahan kitar semula, dan saluran komunikasi berterusan yang diselaraskan dengan inisiatif yang dirancang sepanjang tahun pada masa akan datang. Pada masa yang sama, mengentalkan semangat komuniti melalui penghasilan dengan kelestarian fesyen secara menyeluruh dan terperinci.

Kempen fesyen untuk koleksi ini, dihasilkan di Milan dengan mengikuti prosedur dan teknik yang menepati garis panduan berkaitan kelestarian fesyen. Maka itu, beroleh sijil EMA Gold Seal Green dari Persatuan Media Alam Sekitar bagi mengesahkan proses yang dijalani dalam penghasilan kempen menepati garis panduan. Agenda tersebut telah terlaksana dari awal pembabitan kempen dalam memastikan penjimatan sumber dan tidak berlakunya pembaziran yang berkaitan dengan kesan rumah hijau. 

See also
Lima Item Bulan Julai Pilihan Editor Fesyen GLAM

Tidak tertumpu pada itu sahaja, koleksi ini turut dilengkapi bekas dan pembungkusan yang juga sama mengikuti prosedur kelestarian fesyen. Material yang digunakan adalah seratus peratus kertas FSC yang boleh dikitar semula dan kadbod. Pembungkusan produk juga telah dikaji secara menyeluruh dan ia diperbuat daripada material seperti polister kitar semula. Tiada bahagian dari proses yang tersisa. Kraf yang ditampilkan pada rekaan kaca mata musim bunga/panas 2021 ternyata mengangkat nilai atau mutu buatan yang tidak ada batasnya. Terbukti memiliki ciri-ciri durability yang tidak berkesudahan. 

Dalam koleksi kaca mata Emporio Armani musim bunga/panas 2021, terdapat tiga rekaan yang patut difokuskan, selain dicadangkan untuk melengkapi stail musim baharu. Di samping kecermatan menjaga alam, stail-stail yang memaut pada kaca mata ini, sempurna untuk dimiliki segera. 

Emporio Armani
EA 4162 

Reka bentuk dempak, bersifat feminin yang diserlahkan dengan bingkai cat-eye. Material kaca mata ini berpangkalan Bio acetate yakni dihasilkan menggunakan plastik yang berasaskan bio-dibuat dari sumber yang boleh diperbaharui dan bukan yang berasaskan minyak. Warna klasik memberi opsyen gaya yang versatil, sama ada menonjolkan melalui penampilan formal atau kasual. Logo Emporio Armani ditampilkan pada sisi kaca mata, memunculkan idea gaya mewah. 

See also
Lima Item Fesyen Yang 'GLAM-APPROVED'
Emporio Armani
EA 4163

Fokusnya pula pada bingkai kaca mata bentuk empat segi sama. Rangka model dibuat dari bahan bio asetat yang lutsinar, bahan yang sebahagiannya berasal dari sumber semula jadi dan lestari, dengan lensa berasaskan bio sebahagian daripadanya. Terdapat dalam warna hijau lutsinar dengan lensa coklat atau hitam berkilat dengan liputan kristal dan lensa kelabu asap yang mencemerlangkan stail luar biasa. A cool way to upgrade your holiday style this season.

Emporio Armani
EA 3180 

Untuk gaya wanita chic dan moden, bingkai kaca mata Panto dengan siluet feminin. Rekaan ini merupakan sebahagian daripada rekaan projek kelestarian Emporio Armani. Ada tersisip aspek elegan. Sesuai buat wanita yang gemarkan rekaan ringkas, namun ada faktor fesyen. Hadir dalam warna hitam berkilat atau desian yang kukuh dengan warna hijau, dilengkapi logo Emporio Armani pada sisi kaca mata. 

Artikel berkaitan: CELINE Lunch Box Bag, Idea Konseptual Unik