Artycapucines; The Art Class Bersama Enam Artis Seni - Glam Malaysia

Artycapucines; The Art Class Bersama Enam Artis Seni

Louis Vuitton meneruskan lagi misi kreatif mereka dengan enam artis seni buat koleksi terbaru Artycapucines.

Pada 2013, beg Capucines diperkenalkan oleh Louis Vuitton. Namanya diambil sebagai tanda penghargaan pada butik pertama Louis Vuitton yang terletak di Rue Des Capucines. Sejak debut beg ini semakin menjadi item klasik buat Louis Vuitton. Bersempena dengan statusnya yang ikonik, Louis Vuitton melancarkan koleksi Artycapucines, satu himpunan beg Capucines yang digarap lebih indah oleh sebilangan artis seni. Mereka ini dijemput untuk memberi tafsiran sendiri pada beg ikonik moden Louis Vuitton. 

Kini, koleksi Artcapucines sudah masuk musim ketiga. Dengan cukup bangga, Louis Vuitton menjemput lagi enam pengkarya untuk membuahkan idea pada beg Capucines. Mereka adalah Gregor Hildebrandt, Donna Huanca, Huang Yuxing, Vik Muniz, Paola Pivi, dan Zeng Fanzhi. Mereka ini mempunyai nilai artisan yang tinggi dengan berlandaskan seni ketukangan yang dimiliki oleh artis seni juga Louis Vuitton. Ia juga mengekalkan identiti Capucines yang klasik juga punyai identiti yang elegen.

See also
Taruhan Tod's Pada Seni Teknikalnya

KENALI TIGA PENGKARYA ARTYCAPUCINES

DONNA HUANCA

artycapucines

Huanca menggabungkan lukisanya bertajuk Cara de Fuego dan Muyal Jol disatukan pada beg Capucines putih dan ditambah dengan kemasan 3D. Setiap palitan yang menggunakan tangan itu diberikan seni tenun agar menampakkan tekstur lebih mewah. Besi penghubung beg ini pula dibentuk seakan subang badan, satu penghargaannya pada tubuh wanita.

ARTYCAPUCINES

GREGOR HILDEBRANDT

ARTYCAPUCINES

Eksklusif koleksinya buat Artycapucines ini, Gregor Hildebrant menggabungkan dua cintanya menjadi satu. Paduan vinil dan teknik rip-off menghasilkan debu magnet lalu digunakan untuk mencipta corak hitam putih pada beg Capucines. Beg bercetakan seni skrin pada kulit putih ini juga dihiasi dengan gancu yang diperbuat daripada gunmetal dan disaluti dengan vinil.

HUANG YUXING

The Colossus Hidden Deep In The Hill yang dilukis olehnya pada 2019 menjadi sumber idea buat penghasilan beg koleksi Artycapucines. Seni bujur yang menjadi bentuk DNA buat Huang Yuxing dipadukan pada lukisan tahun 2019 itu. Perlu tahu yang titisan cat pada beg ini adalah salah satu identiti Yuxing.

See also
Deepika Padukone Cipta Sejarah Di World Cup Dan Kecantikan Holistik 82°E

Pautan Berkenaa: Creature Comfort, Idea Baru Diperkenalkan Oleh Coach