Kemaruk Front Row! - Glam Malaysia

Kemaruk Front Row!

 Oleh: Aizat Aidid

 

Selebriti adalah marketing tool terbaik buat label ketika berlangsungnya minggu fesyen

Selebriti adalah marketing tool terbaik buat label ketika berlangsungnya minggu fesyen


 
Ketika Minggu Fesyen Paris musim luruh yang lepas, Chanel mengambil inisiatif untuk menyediakan hanya satu barisan kerusi. Kata Karl Lagerfeld, semua boleh merasa untuk duduk di barisan hadapan. Tapi, itu hanya boleh berlaku jika pertunjukan fesyen diadakan di ruang yang besar serta tidak berkongsi pertunjukkan dengan jenama yang lain pada waktu yang sama. Buat jenama lain yang melakukan pertunjukkan fesyen, di arena yang lebih kecil, terpaksalah berpuas hati dengan barisan kerusi yang berbaris-baris. yang boleh memuatkan para jemputan mereka ke acara pertunjukkan fesyen. Setiap barisan kerusi akan dipenuhi penonton mengikut kepentingan kepada label fesyen.

 

Ketika saya menghadiri Minggu Fesyen Milan atau Paris, saya berasa sangat bersyukur kerana diundang meski tidak ditempatkan di barisan utama. Ini kerana saya tahu kuasa pembeli fesyen di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan China atau Singapura. Para editor negara lain setia di kerusi masing-masing yang sudah diaturkan tanpa banyak soal. Kerana itu saya sesak nafas melihat warga fesyen lokal yang tiada kredibiliti dalam lapangan fesyen tetapi memberontak untuk mendapatkan tempat duduk di barisan hadapan. Mereka sanggup mencuri tempat duduk editor lain atau bersempit-sempit sesama sendiri. Janji dapat duduk di barisan utama.

See also
Cuba Destinasi Chanel Cruise 2017

 

Paris, France - 10/2/2015 - Christian Dior During S/S 2016 Paris Fashion Week -PICTURED: Anna Wintour -PHOTO by: Gerardo Somoza/startraksphoto.com -SUMv_239402.JPG Editorial - Rights Managed Image - Please contact www.startraksphoto.com for licensing fee Startraks Photo New York, NY For licensing please call 212-414-9464 or email sales@startraksphoto.com Image may not be published in any way that is or might be deemed defamatory, libelous, pornographic, or obscene. Please consult our sales department for any clarification or question you may have. Startraks Photo is a worldwide photo and news agency that provides a daily wire syndicate service to top tier magazines, popular online news outlets, and to hundreds of other publications domestic and foreign. Images will be wire syndicated worldwide immediately following the event.

Anna Wintour akan ditempatkan di barisan hadapan dan berdekatan pintu keluar agar senang dia meninggalkan acara fesyen sejurus tamat

Sejujurnya, pendapat  saya barisan utama patut disediakan untuk selebriti kerana mereka ini adalah medium pemasaran terbaik buat setiap label dan diikuti para editor media yang sering menyediakan platform buat jenama fesyen.  Seterusnya buat para klien termasuklah fashion buyer yang menjadi pembeli terbesar kepada sesebuah jenama dan bukan kepada mereka yang tidak pernah ke butik langsung!

 

Tidak kisahlah jika mereka berbaju label Stella McCartney atau Gucci sekalipun. Ego perlu diketepikan dalam hal sebegini, apatah lagi pertunjukkan fesyen di Kuala Lumpur masih berskala kecil. Para pereka masih berkongsi pentas yang disediakan oleh pihak penganjur. Beri mereka peluang menunjukkan bakat seni bukan memeningkan mereka untuk melayan kemaruk kamu yang mahukan spot di front row!

 

HELENA BORDON - ARRIVALS AT 'VALENTINO' FASHION SHOW - PARIS FASHION WEEK

Biarpun sering menjadi kegemaran lensa kamera gaya jalan Helena Bordon masih duduk di kerusi barisan belakang