Selak Rahsia Cantik Si Ratu Wenanita Angang
Cantik seorang wanita bukan sekadar pada rupa paras atau bentuk fizikalnya tetapi juga cantik bermula dari dalam diri.
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni HILMAN HISHAM penulis MARINI MAT ZAIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan SAHIR SABRI dandanan YUSOF RUZAIMI

KEMEJA BERLENGAN PANJANG GUCCI.
Begitulah azalinya sifat seorang bergelar ratu. Wajib memiliki kecantikan luar dan dalam untuk penampilan sempurna usul Wenanita Angang.
Ketika berbual-bual di luar studio, seorang wanita berjalan cantik dari hujung koridor menghampiri kami. Ibarat langkah tersusun seorang ratu cantik dengan lenggoknya cukup sempurna. Dia melambai penuh ramah. Wajahnya begitu ceria menyapa kami. Itulah Wenanita Angang, Miss World Malaysia 2022.
Selak Rahsia Cantik Si Ratu Wenanita Angang
Tinggi lampai, berambut panjang mengurai. Dalam hati, cantiknya dia. Kata Wenanita Angang, dahulunya dia ugly duckling dan pantas kami menafikan. Mungkin tidak! Anak tunggal dari bapa berketurunan suku kaum Tatana dan ibu dari suku kaum Murut ini berpenampilan ringkas tetapi kekal jelita. Tidak hairanlah kerana ibunya juga bekas seorang ratu.
Bukan sekadar cantik, wanita berasal dari Kuala Penyu, Sabah ini juga berpelajaran tinggi, memiliki BSc (Hons) Information System (Business Analytics). Selain pintar, Wenanita Angang juga aktif dengan aktiviti amal sepertimana tugas wajib dilakukan seorang ratu. Dia kini dekat dengan kanak-kanak autistik di Hospital Mesra Bukit Padang, Sabah. Menurut Wenanita, dia mahu membantu kanak-kanak autistik ini menjalani rawatan menggunakan teknik hippotherapy. Kanak-kanak autistik dari Hospital Mesra Bukit Padang berpeluang menaiki kuda sebagai tujuan perubatan hanya setahun sekali. Situasi tersebut disebabkan jarak yang jauh dari tempat berkuda manakala perbelanjaannya pula sangat mahal.

BLAZER MONOGRAM GG RONA HIJAU DIPADANKAN DENGAN KEMEJA DAN CELANA DALAM GAYA YANG SEPADAN. SEPERSALINAN KREASI GUCCI.
“Bagi saya perubatan setahun sekali tidak mencukupi. Misi saya adalah mahu melihat kanak-kanak ini melakukan hippotherapy sebulan sekali. Ya, kanak-kanak sama perlu melakukan sekerap mungkin, barulah kita dapat memerhati perkembangan positif rawatan tersebut. Saya masih berusaha mengumpul dana dan berbincang untuk mendapatkan kadar harga lebih berpatutan,” ujarnya penuh semangat.
ANDA PERLU TAHU KELEBIHAN DIRI DAN BIJAK MENGGUNA KEMAHIRAN MASING-MASING SEBAIK MUNGKIN. CARI DAN PILIH KELEBIHAN ANDA ITU DAN FOKUS — WENANITA ANGANG
Wenanita Angang tidak akan berputus asa sehingga matlamatnya tercapai. Inilah dikatakan cantik bukan sekadar rupa, tetapi ‘beauty with a purpose’. Melihat sejarah penyertaan Wenanita Angang di dalam pertandingan ratu cantik, dia sering mendapat tempat sebagai juara, naib johan atau tempat kedua. Pasti ada petua mahu dikongsi. Katanya betul, cantik tidak menjamin seorang ratu untuk mendapat tempat dalam pertandingan tetapi perlu kebijaksanaan memasang strategi. Apakah rahsia dimiliki Wenanita Angang ini?…
- Baca lanjut dalam GLAM Disember 2022.
Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Yinn Ooi
Artikel Berkaitan
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Pilihan Bacaan Seterusnya
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
