‘Walau Hanya 1 Babak’…Maya Karin Lebar Sayap Ke Hollywood Untuk Filem ‘Alone’
We are so excited bout this! Maya Karin khabarnya kini telah melebarkan sayapnya ke Hollywood selepas ditawarkan untuk membintangi sebuah filem Hollywood. Biarpun hanya satu babak penting, Maya Karin dikhabarkan teruja berpeluang menimba pengalaman membintangi filem Hollywood berjudul Alone yang membariskan pelakon ternama, Donald Sutherland dan Tyler Posey. Wow!
Melalui sumber, bekerja dengan pasukan profesional diketuai Johnny Martin selaku pengarah dan penerbit bersama, dianggap landasan awal untuknya melebarkan langkah di pentas antarabangsa. Maya dikatakan dipertanggungjawab membawa watak saintis Malaysia bernama Dr Zulaikha.
https://www.instagram.com/p/Bz-00efgGyy/
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Maya turut berkongsi beberapa keping gambar dirinya bersama dengan Tyler Posey serta pengarah Johnny Martin. Khabarnya, Maya tidak perlu pun untuk menghadiri uji bakat untuk mendapatkan watak tersebut.

Jelasnya, “Apabila eksekutif Hollywood Innovation Group (HIG) menyuarakan hasrat meminta saya menyertai pasukan produksi mereka di sini, saya rasa bertuah kerana dipilih tanpa perlu menjalani uji bakat. Walaupun sebabak, berada dalam suasana baharu, dikelilingi kru profesional dan dapat bertukar idea dengan ramai karyawan di sini termasuk pengarah Alone, menyemarakkan semangat”.
We definitely cant wait for the movie to come out, which we understand around next year! Way to go Maya!
Sumber: Berita Harian
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
