GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan

GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan

GLAM membawa transformasi karisma pada 12 wanita yang melontarkan definisi kecantikan mengikut tafsiran sendiri. Saksikan sisi wajah-wajah selebriti selepas disuntik roh Alter Ego.

 
[envira-gallery id=”83277″]

Elizabeth Tan

Elizabeth Tan, 25, yang lebih mesra disapa Lizzi ini memulakan karier nyanyian secara suka-suka, tetapi kini nama Elizabeth Tan tidak perlu diperkenalkan lagi. Menimba ilmu dalam bidang vokal dan piano di Texas, Amerika Syarikat nyata membantu meningkatkan nama penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock ciptaan Faizal Tahir ini. Dia berkongsi rahsia kulit mulus. “Saya sering amalkan lulur pada tubuh dan lakukan di rumah sahaja. Rawatan lulur mampu menghilangkan daki-daki dan melembutkan kulit.”

 
[envira-gallery id=”83278″]

Datin Diana Danielle

 

Wanita kacukan Amerika dan Malaysia ini terkenal dengan antara pelakon Melayu yang berwajah Pan Asia. Sejak kecil lagi, Diana sudah terlibat dalam iklan komersial. Diana percaya sekiranya seseorang itu menjaga kesihatan mereka, mereka akan tampil segar dan cantik. “Setiap pagi apa yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan kita. Jika kita mengamalkan makanan yang berkhasiat nescaya kita juga akan sihat, tetapi sekiranya mengikut nafsu untuk makan makanan berkolesterol tinggi dan gula yang tinggi, sudah pasti ia akan memberi efek pada kesihatan. You are what you eat.”

 
[envira-gallery id=”83279″]

Elfira Loy

 

Elfira akui dia kini sudah tidak aktif lagi dalam bidang lakonan seperti sebelum ini kerana lebih fokus kepada perniagaannya yang masih baru menapak. Tahun ini dia sibuk dengan projek menyiapkan pejabat dan juga studio barunya yang bakal siap pada Ogos nanti. Elfira juga sibuk untuk ke lokasi kafe ‘Love Me Seven Days’, aktif dengan perniagaan label fesyennya, El by Elfira Loy serta barang-barang yang dicetak hasil lukisannya menerusi Twinkle by Elfira Loy yakni menjual Tshirt, perkakas telefon bimbit, dan skarf. “Ya seperti yang semua tahu saya tidak begitu aktif di gelanggang lakonan lagi kerana kekangan masa. Apabila saya terima job berlakon, banyak masa yang perlu dihabiskan di set dan saya tidak dapat membuat kerja-kerja lain yang membabitkan perniagaan saya. Tahun ini saya banyak ambil telemovie sahaja yang mana waktu shooting hanya memakan masa dua hari sahaja,”Menyentuh perihal kecantikan saya dapat melihat sinar pada anak matanya, dia cukup suka topik ini dan mengupas dengan penuh semangat. Elfira memulakan harinya dengan membasuh muka dengan pencuci, kemudian dia akan skrub bila perlu dan jenama yang digunakannya adalah Caudalie dan untuk toner dia menggunakan dua toner satu daripada Kiehl’s dan satu lagi dari Glossier. Kemudian disusuli dengan serum, pelembab dan krim tabir suria. “Ramai yang bertanya kepada saya kenapa saya menggunakan berbagai-bagai jenis produk kecantikan. Jawapan saya senang kulit kita berbeza-beza setiap hari, ada hari kulit kering, ada hari kulit agak lembap. Jadi saya pakai sesuatu produk itu bergantung pada kondisi kulit saya pada hari itu. Saya juga obses dengan gel sabun mandian jenama Jo Malone, dan lulur badan menggunakan coffee scrub atau hampas kelapa. Losyen badan saya selalunya sama dengan minyak wangi untuk bauan yang lebih tahan lama. Bercerita perihal minyak wangi pula saya ada banyak. I create memories from my perfume. Saya akan sediakan semburan berbeza ke tempat yang berbeza. Misalnya kalau saya bau wangian itu saya akan teringat trip saya di London bersama teman-teman.”

See also
Keraian Fesyen Meriah Dan Glamor Pada Malam GLAM x Glam Lelaki Fashion Night Out 2019 Bersama COACH

 

Ditanya mengenai pengalamannya menjadi wakil Malaysia untuk jenama jam tangan gah yakni Omega dia tersenyaum, “Sejujurnya ia bukan kali pertama saya mewakili International brand di luar negara, tetapi untuk jam tangan, ini adalah kali pertama saya dijemput. That event was really unexpected. Tetamu yang hadir rata-ratanya dari kelas atasan memandangkan ini adalah produk high end. Saya teruja dengan persembahan untuk pengenalan kepada jam tangan Omega. Ia bagaikan satu persembahan teater dimana ada orang menari ballerina, ada orang menyanyi oprah dan orang yang menyerupai jam. Kemudian ada pula jam disekeliling pokok. Highlight of the event tentunya saya dapat bertemu dengan model Kaia Gerber. Dia kurus dan tinggi. Favourite corner saya adalah dessert table yang penuh drama. Terlalu cantik!”

 

MENYIMPAN UNTUK MASA HADAPAN Faktor perpisahan dalam keluarga tidak pernah menjadikan alasan untuk Elfira dan adik-adik kecil hati, rendah diri dan berasa kekurangan, sebaliknya menjadi dorongan kepadanya untuk kerja keras dan membalas jasa ibunya yang membesarkan mereka sebagai ibu tunggal. “Saya tidak membesar dalam keluarga yang sempurna kerana ibu-bapa saya bercerai. Apa yang saya pelajari, dalam hidup ini apa yang kita lakukan adalah untuk diri kita sendiri. Apa yang ada depan mata kita hari ini, boleh hilang sekelip mata sahaja, jadi saya akan selalu beringat untuk tidak boros berbelanja.”

See also
Sembang Fesyen: Syaiful Baharim

 

Elfira menganggap dirinya matang kerana sedari kecil dia sudah pegang wang daripada hasil kerja kerasnya sebagai anak seni. Pada usia semuda 19 tahun dia sudah mampu membeli rumah sendiri. “ Saya mula bekerja pada usia 12. Sejak daripada itu saya bayar bil saya sendiri. Bayar rumah, duit elektrik, duit air. Saya bekerja bersama-sama dengan keluarga. Saya tahu keluarga akan sentiasa mendukung apa sahaja yang saya buat 100 peratus. Ini kerana apa sahaja yang saya buat adalah untuk kebaikan bersama”

 

Elfira meluahkan yang dia sedikit kecewa dengan perangai remaja hari ini yang ambil sambal lewa dalam soal menabung duit untuk masa hadapan. Sejak mempunyai kafe ini, Elfira dapat lihat budak muda sekarang hanya bekerja untuk kumpul duit beli gadget atau travel. Selepas cukup duit yang dikumpulkan, mereka akan berhenti kerja dan beli apa yang mereka hajati. Dan akan kerja lagi lain kali jika mahu ke luar negara lagi. Tetapi yang sedihnya wang simpanan langsung tidak ada. Mereka tidak fikir yang jika menabung sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit. “Tak payah tengok jauhlah, adik-adik saya pun kadang-kadang mereka tak hargai wang kerana mereka fikir saya ada. Saya selalu pesan pada mereka untuk selalu ada wang simpanan yang langsung tidak boleh disentuh. Itu adalah simpanan untuk masa depan mereka. Saya juga ingatkan mereka yang hari ini saya ada duit, kalau esok lusa saya tak ada macam mana?” ujarnya yang yang turut menyimpan cita-cita untuk membuka kedai menjual bunga-bunga segar satu hari nanti.

See also
YM Tunku Elana Khyra: A Royal Fashion Life

 
[envira-gallery id=”83280″]

Nur Fazura

 

Fazura, 35, bagaikan tidak pernah surut popularitinya. Mulai menjadi buah mulut ramai apabila dia membintangi filem Gol&Gincu memegang watak sebagai Puteri. Hari ini wajahnya terus mewarnai kaca televisyen. Bercerita soal cantik Fazura menasihatkan jangan terlalu obses dengan produk tetapi pakai apa yang perlu sahaja. “Untuk kekal sihat, rahsia saya adalah tidak minum minuman sejuk dan berais, juga minuman bergas. Saya amalkan jamu trudolly dan Vdolly yang dibawa dalam bentuk pil. I am a pharmacist addict. Saya banyak melabur pada gel mandian, losyen badan dan wangian. Definisi kecantikan saya adalah always being kind to others.”

 
[envira-gallery id=”83281″]

Ain Edruce

 

Ain Edruce, 27, memulakan karier sebagai model dan kini namanya kian meniti di bibir ramai di arena lakonan pula. Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terkenal dengan kulitnya yang mulus, ditanya apa rahsianya Ain sedia berkongsi, “Semenjak dulu lagi saya sudah amalkan minum air kosong dalam kuantiti yang banyak, kerana air mineral/kosong boleh elakkan kita dari kulit kering dan berasa letih. Bila badan terasa letih dan mengantuk bermakna kita kurang air dalam badan. Air juga bagus untuk membuang toksin berlebihan dalam badan.”

 
[envira-gallery id=”83282″]

Amelia Henderson

 

Amelia Henderson, 23, pelakon dan pengacara tv ini memulakan karier di dunia glamor ini sejak tahun 2008 lagi. Amelia percaya setiap orang harus percaya yang diri mereka mempunyai kecantikan yang tersendiri. “Cantik itu adalah apabila anda yakin dengan diri sendiri. Kadang-kadang itu wajahnya tampak biasa sahaja tetapi disebabkan dia yakin kecantikan dalamannya terserlah pada wajah. Saya membesar melihat mak saya yang sering berdandan cantik apabila keluar dari rumah. Semenjak itu dari saya simpan impian, I want to be as glamorous as mom one day. Andai ada waktu lapang saya akan lakukan rawatan spa di rumah daripada hujung rambut ke hujung kaki. Saya percaya setiap wanita perlu memanjakan diri bila berkesempatan kerana ia mampu meredakan stres.”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Julai 2018