10 Gaya Berani Selebriti Di Fashion Awards 2023
Fashion Awards yang berlangsung pada 4 Disember lalu meriah dengan kehadiran personaliti dan selebriti ternama.
Bertempat di Royal Albert Hall London, Fashion Awards meraikan nama-nama terbesar dalam industri fesyen British. Kebanyakan tetamu memberi penghormatan kepada beberapa pereka terkenal dengan menyarung koleksi mereka termasuk Valentino, kerana pengasas jenamanya, Valentino Garavani dianugerahkan dengan Outstandng Achievement Awards pada acara itu.
Majlis tersebut turut membuat kutipan dana untuk BFC Foundation, yayasan yang membantu menyediakan pendidikan, pemberian geran dan bimbingan perniagaan kepada pendatang baru dalam industri.
Tinjau beberapa gaya selebriti yang mencuri perhatian di karpet merah Fashion Awards
Taylor Russell membawakan aura glamor Old Hollywood dalam gaun sutera satin Loewe.

Anne Hathaway tampil minimal dalam gaun Valentino rona krim dengan potongan leher seksi.

Amal Clooney anggun di karpet merah Fashion Awards dalam gaun metalik dua tona Atelier Versace.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(545x0:547x2)/Amal-Clooney-Fashion-Awards-120423-f1459bc658264cb38f40ebce2be24480.jpg)
Penampilan Rita Ora dalam gaun hitam ringkas diberi sentuhan unik dengan tambahan prostetik logam sepanjang tulang belakangnnya.

Gwyneth Paltrow tampil serba merah dalam persalinan Valentino yang dipadakan bersama barang kemas Van Cleef & Arpels.

Simone Ashley menyerlah di karpet merah dalam gaun mini flora rona putih daripada Valentino.
Walaupun menyarung persalinan serba hitam, Rosie Huntington-Whiteley tetap kelihatan seksi.

Nicole Scherzinger memilih gaun kembang rona hijau sage rekaan Patrick McDowell di karpet merah Fashion Awards.

India Amarteifio kelihatan manis dalam gaun rekaan pereka London kelahiran China, Huishan Zhang.

Seri ibu mengandung Suki Waterhouse menyerlah dalam gaun tulle merah pulasan daripada H&M.

Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
