Kanta Neutral Brunello Cucinelli Musim Bunga 2021 - Glam Malaysia
Kanta Neutral Brunello Cucinelli Musim Bunga 2021

Kanta Neutral Brunello Cucinelli Musim Bunga 2021

Himpunan Brunello Cucinelli musim bunga/panas 2021 dihasilkan sewaktu krisis pandemik mula menerjah. Sama seperti yang lain, jenama Brunello Cucinelli turut dilanda kekusutan dengan apa yang bakal dihadapi. Namun, Brunello Cucinelli menghadapinya dengan tabah, malah menjadikan ‘lockdown’ sebagai masanya untuk mencari ilham baru. Penginovasian yang lebih segar. Untuk musim bunga/panas 2021, Brunello Cucinelli meneroka pelbagai aspek budaya dan bagaimana mereka berjalin ikatan bersama juga mempamerkan gambaran halus dan klasik yang lebih santai dan bebas. Menyatakan dua suddat pandang yang berbeza pada satu koleksi.

Koleksi musim ini disasikan cukup sederhana reka ciptanya. Gaya-gaya potongan longgar dan bebas berpadu menjadi aliran fesyen jenama ini dedikasi musim baharu. Tiap satu rekaan menjulang material yang luxe, yang membentuk uniform mahupun aksesori golongan jetsetter. Yang menggambarkan liburan mewah dan percutian di resort-resort ternama.

Berikutan takrif mewah abad ini telah berevolusi, lebih menutik beratkan kepada memperkayakan suatu pengalaman agar menjadi lebih bermakna, bukan sekadar rekaan biasa semata-mata. Juga dengan berkembangnya trend ‘genderless’, Brunello Cucinelli menghadirkan rekan yang bersifat maskulin, melalui tawaran sut, serta potongan jaket, kemeja dan celana yang tampak tegap. Tambahan lagi, komuniti hari ini monegasken keselesaan dan praktikaliti sebagai satu kemewahan. Tak hairanlah, material-material seperti linen sudah dinafikan tarafnya sebagai satu material mewah. Dulunya lebih diterima dalam pakaian biasa-biasa, kehadiran linen dan kapas bermutu di pentas Brunello Cucinelli disambut dengan tangan terbuka.

See also
Perincian Mewah Celine Musim Luruh/Sejuk 2015

Brunello Cucinelli meraikan peribadi elegan kontemporari dengan barisan beg dan aksesori yang menggabungkan faktor praktikal dengan pesona warna-warna neutral yang lebih menjurus gaya bepergian. Kebijaksanaan jenama Brunello Cucinelli dalam mencapai keseimbangan gaya sekaligus mematerikan lagi konsep kemewahan yang baharu. Yang ajur pada spirit wanita masa kini, tuntutuan utilitarian, aspek keselesaan juga ciri teknikal dan estetik yang tinggi.

Artikel berkaitan: Eksplorasi Gucci Paling Bergaya Dan Praktikal