Gucci Menggunakan Aliens Dalam Kempen Terbaru Mereka - Glam Malaysia

Gucci Menggunakan Aliens Dalam Kempen Terbaru Mereka

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Have you ever seen aliens in a fashion campaign before?

 

Jikalau jawapan anda belum, bersiap sedia untuk kempen terbaru Gucci yang akan datang bakal menampilkan beberapa entiti asing menggantikan model-model biasa. Except for seorang model manusia yang dikelompokkan dalam kumpulan ini.

 

Alessandro Michele yang berjaya memikat orang ramai dengan koleksi eksentriknya untuk F/W 2017 di Milan dan baru sahaja melancarkan rangkaian jam tangan yang diinspirasikan oleh ‘meme’ telah memilih makhluk asing untuk membintangi kempen Gucci dengan hashtag #GucciAndBeyond.

 

Gucci belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kempen ini tetapi apa yang boleh dilihat adalah entiti-entiti ini dilihat sedang memakai ceraian daripada koleksi F/W 2017 rumah fesyen Itali itu.

 

Jenama fesyen besar ini turut berkongsi beberapa klip video entiti daripada galaksi yang berbeza ini di hadapan green screen untuk berbual dengan jurukamera mereka.

 

Foto: Instagram/gucci