Legasi 70 Tahun Dior Diabadikan di Perancis
Untuk meraikan ulangtahun ke-70 rumah fesyen lagenda Perancis Dior, Musée des Arts Décoratifs bakal mengadakan pameran besar-besaran yang akan bermula pada 5 Julai ini sehingga 7 Januari 2018.
Pameran ini ibarat satu pengembaraan memori buat pengunjung bermula pada detik House of Dior ditubuhkan oleh pengasas Christian Dior dan legasinya sehinggalah kepada hasil karya couturiers yang mengambil alih rumah fesyen tersebut seperti Yves Saint Laurent, Gianfranco Ferré, John Galliano, Raf Simons, sehinggalah ke pengarah kreatif wanita pertama Dior, Maria Grazia Chiuri.
[envira-gallery id=”67481″]
Lebih daripada 300 gaun adi busana telah terpilih untuk pameran ini — yang bertarikh sejak 1947 sehingga kini — untuk memastikan pengunjung mengetahui kisah, emosi, kaitan untuk setiap satu gaun-gaun ini serta inspirasi penghasilan mereka.
[envira-gallery id=”67476″]
Selain itu, pameran ini juga turut mempamerkan foto-foto fesyen, dokumen seperti ilustrasi rekaan, lakaran asal, nota pereka dan juga aksesori yang digunakan untuk setiap ceraian istimewan ini.
Pameran istimewa ini juga menggambarkan peribadi Christian Dior sebagai seorang yang sangat berpengetahuan mengenai dunia seni yang mempunyai pengaruh besar dalam penghasilan adi busana rekaan Dior.
Dalam ruangan bersaiz 3,000 meter persegi ini, kurator muzium Florence Müller dan Olivier Gabet menyusun setiap ceraian pameran mengikut aturcara kronologi dan bertema untuk menunjukkan perubahan yang Dior telah alamai melalui pimpinan kreatif oleh enam pereka yang berbeza selepas Christian Dior sendiri.
[envira-gallery id=”67478″]
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
