Fesyen News Terkini Mesti Tahu Musim Luruh 2023
3 Fesyen ‘NEWS’ Terkini Mesti Tahu

3 Fesyen ‘NEWS’ Terkini Mesti Tahu

Kita bakal melangkah ke musim baru pada September nanti. Ketahui tiga berita fesyen penting yang wajib anda tahu. Why? Because fashion people always need to stay update. 

HORIZON BAHARU BRAUN BUFFEL

“Transcendent Voyage” diangkat menjadi tema koleksi musim luruh/dingin 2023 oleh Braun Buffel. Label kulit asal Jerman ini ingin merubah idealisme akan desain klasik dan lebih mengeksplorasi desain terkini yang disesuaikan dengan gaya hidup moden, tanpa menghilangkan kualiti pertukangan. 

Melalui koleksi musim ini, ingin memperkenalkan estetika desain yang lebih segar namun tetap mempertahankan tradisi dan DNA dari Braun Buffel. Di samping itu, penceritaan yang ingin disampaikan dalam koleksi ini, ingin menjemput semua untuk memulakan perjalanan metamorfik melalui kemungkinan yang terdapat di dalam dan di sekeliling kita untuk mencari jati diri mereka yang sebenar. Satu kisah kembara yang menarik, lantas menginspirasikan. 

Koleksi musim luruh 2023 dengan indah menjalin elemen minimalisme dan maximalism, memberikan keseimbangan sempurna antara kesederhanaan dan kemewahan. Dengan siluet unik yang menyalin bentuk sayap rama-rama dan kulit bertekstur yang menambah kehangatan gaya, koleksi ini memadukan gaya dan fungsi. 

See also
Kendall Jenner Tayang ‘Anugerah’ Teman Lelaki, Devin Booker

DESTINASI MEWAH DELVAUX

Delvaux, jenama barangan mewah kulit halus tertua di dunia, sangat teruja dengan pembukaan butik terbarunya di Pavilion KL pada 15 Ogos lepas. Momen bermakna ini menandakan pengembangan berterusan Delvaux ke pasaran antarabangsa utama. 

Pembukaan butik Pavilion KL berdiri sebagai bukti dedikasi Delvaux yang tidak berbelah bahagi untuk berkongsi warisan Belgium, legasi sejarah dan intipati kontemporari dengan pelanggan global. 

Fleksibiliti, kefungsian dan kepekaan akan fesyen di setiap musim menjadi perhatian utama Delvaux dalam memadukan gaya dan fungsi, sehingga rangkaian koleksi klasik dan terbarunya mampu untuk menemani setiap wanita tampil bergaya dari pagi hingga malam hari. 

Butik Delvaux terbaru ini dengan sempurnanya menggabungkan keanggunan dan kemodenan, menawarkan pengalaman unik untuk pengunjung menerokai sepenuhnya dunia kreatif dan ketukangan luar biasa Delvaux. Update gerobok aksesori kamu dengan tawaran beg tangan terbaru Delvaux. 

VERSACE MUSIM LURUH 2023

Koleksi musim luruh/sejuk 2023 Versace terus diperkasakan dan dibina berdasarkan identiti khas Versace, terutamanya pada potongan jaket berbahu runcing-yang pertama kali muncul sewaktu pertunjukan musim luruh 2023. Garis bahu yang kompleks ini diulangi pada serangkaian koleksi Versace, lantas membuktikan kesenian dan kepakaran Versace Atelier yang diadaptasi pada koleksi sedia pakai. 

See also
Pentas Fendi Percikan New Waves Karl Lagerfeld

fesyen musim luruh 2023

Untuk kempen musim luruh/sejuk 2023, Versace menggunakan khidmat jurugambar Mert & Marcus dalam konsep hitam dan putih dengan memfokuskan pada rekaan baju dan aksesori.

Penggambaran bertempat di Via Gesù 12 di Milan dan menampilkan wajah-wajah kesukaan Versace, seperti Gigi Hadid dan Irina Shayk. Yang nyata berjiwa bebas, berkeyakinan dan ekspresif.

Artikel berkaitan: GUCCI Musim Luruh 2023 “Y2K Revival”