Bintang “Bling Empire”, Kelly Mi Li Simbol Wanita Alfa
Siri Netflix terbaharu, “Bling Empire” mula menjadi obsesi. Disiarkan sewaktu PKP 2.0 tempoh hari, sememangnya waktu yang tepat untuk menontonnya untuk mengisi masa. Maka itulah, rating “Bling Empire” meningkat tinggi. Karakter Kelly Mi Li yang merupakan salah satu pendukung penting siri tersebut, punya personaliti dan cita rasa fesyen yang paling mengagumkan. Gayanya tersendiri, matang dan punya cita rasa. She got taste. Jika dibandingkan dengan watak-watak lain, Kelly adalah yang paling ‘stylish’ tanpa perlu mencuba.
Kelly bekerjaya sebagai ahli perniagaan dan produser. Kesibukkan Kelly dalam menjalankan tugasnya, diseimbangkan dengan gaya yang cukup menakjubkan. Kelly juga seorang yang mengambil berat tentang kesihatan dan bentuk tubuhnya. Pabila waktu lapang, Kelly gemar menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti sihat. Sama ada dilakukan secara sendirian atau bersama kekasihnya, Andrew.
Karakter Kelly menyimbolkan wantia alfa. Berambisi tinggi, ada personaliti dan pada masa yang sama, mengharapkan cinta yang diidamkan. Sama seperti wanita-wanita lain. Yang tidak akan mungkin boleh hidup tanpa cinta. Selain aktif dengan kerja, Kelly turut gemar meluangkan masa bersama teman-teman rapatnya. Untuk bersembang ringan tentang cinta, keluarga dan masa hadapan. That’s what girls always do. Kane, Kevin dan Anna antara sahabat baiknya. Dalam beberapa episod “Bling Empire”, Kelly seringnya bergaya mengikut tema, tempat dan yang paling utama, menepati destinasi tujuan. Kelly tahu apa yang perlu dipakainya, gaya rambut apa perlu dipamerkan untuk ke sesuatu destinasi atau acara. Bukan kerana pakaian berjenama semata-mata. Dia bukan ‘fashion victim’ seperti kawan-kawannya yang lain.
What we love about Kelly is, dia seorang wanita yang berjaya. Sungguhpun menjalani kehidupan mewah, namun Kelly tidak menolak tepi kepentingan memiliki kerjaya yang stabil. Padanya, seorang manita itu perlu belajar hidup berdikari. Walaupun, punya keluarga atau suami yang kaya raya. Personalitinya juga sangat disenangi. Dia kelihatan peramah, tidak sombong dan penyabar. Terdapat beberapa babak yang mengisahkan tentang pertelingkahan bersama Andrew, yang mana Kelly kelihatan ‘relax’ dan matang. Sewaktu Andrew meninggikan suaranya, Kelly berjaya mengawal emosi dan situasi tersebut dengan matang sekali. That is what every grown woman should learn.
Menyentuh perihal fesyen pula, Kelly akan ‘dress up’ dalam busana seperti dres sekiranya menghadiri parti dan majlis. Dan jikalau sekadar keluar bersiar atau keluar ‘dating’ bersama Andrew, Kelly lebih selesa berpakaian ringkas, seperti dres labuh, tank top, celana denim dan topi. She’s a cool girl.
Artikel berkaitan: Billie Holiday Dibaluti Busana Ilham Miuccia Prada
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
