Attention Working Mums! Rujuk Stail Victoria Beckham Untuk Musim Perayaan
It’s time for the holidays! Satu minggu lagi, kita bakal memasuki tahun baharu. Pastinya, ada dikalangan kita yang telah mengambil cuti panjang dan merancang untuk mengadakan aktiviti keluarga hujung tahun ini. Mungkin juga, ada yang sekadar ingin berehat bersama keluarga tersayang di rumah sahaja. Belum lagi berani untuk keluar tanpa urusan penting. Walaupun, seringnya hujung tahun adalah diluangkan untuk pergi melancong, tetapi tidak tahun ini. Adalah lebih selamat dengan hanya tinggal di rumah dan melakukan aktiviti keluarga secara ‘indoor’. Stay safe!
Banyak aktiviti keluarga boleh dilakukan secara ‘indoor’ dan berskala kecil. Memanglah, selalunya si ibu yang akan memikirkan jenis-jenis aktiviti keluarga yang mahu diadakan. Merancang aktiviti keluarga apakah yang sesuai dengan minat sekeluarga. Mungkin aktiviti memasak, karoake, baking cookies, berkelah di belakang rumah, berenang, melukis dan banyak lagi. Dan ada juga si ibu yang tidak dapat mengambil cuti disebabkan tuntutan tugas. Working and at the same time, menguruskan keluarga. Bukanlah satu perkara baharu dalam dunia sekarang. Sibuk sesibuk sibuknya. Hendak mengimbangi masa antara kerja dan urusan keluarga bukanlah mudah. Tak semua ibu dapat melakukannya dengan sempurna.
Biarpun sibuk dengan kesemua aktiviti, GLAM menasihatkan untuk tidak mengenepikan perihal fesyen. Dalam kesibukkan kerja dan urusan keluarga, identiti fesyen juga perlu diutamakan. Tak naklah kelihatan menjengkelkan dan tidak terurus. Wanita-wanita zaman sekarang perlu berubah. Ambil inisiatif sedikit untuk mengutamakan penampilan diri walaupun diri itu terhimpit dengan urusan keluarga. Benar, banyak benda perlu difikir dan uruskan. But, why your style have to waste along the way?
Stail itu tidaklah semestinya mesti tampil cantik, sempurna from head to toe. Cukuplah sekadar rasa selesa dan ada karakter dalam penampilan harian itu. Ambil contoh Victoria Beckham yang telah bergelar ‘working mom’ bertahun-tahun lamanya. She’s still stylish! Victoria membesarkan anak-anaknya ‘in style’. Cukup sekadar menggayakan top polos, seluar denim atau berpotongan lebar, dilengkapi tas yang ada impak. Rambut pula terkadang dibiar jatuh atau diikat malas-malas. Effortlessly chic.
Lambakan gaya Victoria sepanjang bergelar ibu, mengutamakan yang selesa dan chic. Moden, chic dan inovatif. Rujuk rangkuman gaya Victoria Beckham yang terkini buat tatapan dan rujukan dedikasi the working mums. Kerja dan keluarga bukan lagi alasan!

Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: Enam Stail Berparti Naomi Campbell Paling “Outstanding”
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.







