Michael Kors Memperoleh Jimmy Choo Dengan Nilai RM5.14 Bilion
Michael Kors bakal memperoleh jenama Jimmy Choos untuk dipadankan dengan rekaannya.

Dua di tengah: John Idol dan Michael Kors
Michael Kors Holdings mengumumkan bahawa mereka sudah mencapai persetujuan untuk membeli syarikat kasut ternama itu yang dulunya milik pereka berbakat tanah air kita, Datuk Jimmy Choo, dengan harga $1.2 bilion (RM5.14 bilion). Pembelian ini merupakan langkah Michael Kors Holdings untuk membesarkan lagi nama mereka dalam pasaran fesyen.
“Syarikat ini merupakan peneraju dalam menentukan trend fesyen. Dengan rekaan inovatif dan pertukangan yang luar biasa sesuai hingga ke trendsetter peringkat global,” ujar ketua eksekutif Michael Kors, John Idol, dalam satu kenyataan.
Nama Jimmy Choo melonjak naik melalui kemunculan rekaannya dalam bintang “Sex and The City” Sarah Jessica Parker dan juga mendiang Puteri Diana yang amat meminati sepatu rekaan Choo.
Dengan pembelian ini juga mereka merancang untuk mengukuhkan lagi kehadiran Jimmy Choo dalam dunia online, tawaran fesyen, dan lokasi peruncitan. Buat masa ini Jimmy Choo mempunyai 150 buah butik serata dunia dan telah meletakkan tawaran untuk menjual jenama ini sejak bulan April lagi.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
