“Mob Wife Winter”, Trend Fesyen TikTok Terkini. Apa Kata Anda?
Tiada lagi trend “Clean Girl aesthetic”, kini trend terbaru di TikTok, “Mob Wife Winter” menjadi kegilaan!
Peredaran trend terutama sekali di TikTok sememangnya luar biasa. Baru sahaja diperkenalkan dengan trend estetika “clean girl”, “old money“ dan “quite luxury”, kini generasi muda mula heboh memperkenalkan trend “mob wife winter“. Apakah yang dimaksudkan oleh trend ini?
Mob Wife Winter, Trend Bakal Hit 2024
Cuba anda bayangkan watak Carmelo Soprano, Karen Hill di dalam “Goodfellas” atau juga watak Rosalyn Rosenfeld di dalam “American Hustle”. Apakah yang menjadi persamaan di setiap karakter ini? Rambut kembang penuh volume! Ini yang dimaksudkan dengan trend “mob wife winter” ini.

Watak Carmelo Soprano yang dilakonkan oleh Eddie Falco
Selain itu, gambaran lain yang mencerminkan trend ini juga adalah seperti gaya wanita seksi, penuh berkeyakinan dan punya aura glamor dan memukau mata yang memandang.
Bold glam is the key! Jika tahun lalu, pilihan yang lebih lowkey (tidak terlalu menunjuk dan lebih selesa bergaya asas) bak gaya Sofia Richie, Gwyneth Paltrow, kini tidak lagi menjadi pilihan. Komuniti fesyen TikTok lebih terinspirasi daripada gaya yang fearless seperti Kylie Jenner, Dua Lipa dan Taylor Swift yang kini sering dilihat menggayakan helaian bulu-bulu, skirt mini, gincu merah, cetakan juga aksesori emas.

Dua Lipa & Taylor Swift (gambar: google)
Namun, itu jika kita berbicara soal fesyen. Bagaimana pula dengan gaya solekan yang mahu dipadankan dengan estetika “mob wife winter” ini? Menurut pemerhatian kami di GLAM, untuk memadukan solekan yang sesuai buat gaya ini, ternyata solekan glamor klasik adalah yang paling sesuai. Layangan penggaris bibir melangkau sedikit dari garisan bibir sebenar berserta mata yang disolekn smoky. Cukup seksi!
Bak kata mereka, estetika ini bukan sahaja terletak pada penampilan luaran, ia seharusnya dilengkapkan lagi dengan karakter yang berani. Sarungkan kaca mata hitam, barang kemas jenis chunky, kot bulu atau suntikkan desain animal prints ke dalam busana anda, you are all good to go!
Ikut tip pempengaruh digital tentang trend “Mob Wife Winter” ini
#1 @rachspeed
#2 mikaylatoninato
@mikaylatoninato I was honestly made for this #mobwife #mobwifeaesthetic #cleangirl #cleangirlaesthetic #mobwifewinter #style #styletips
#3 Emily Gemma
@emilyanngemma5 Faux fur of course 👏🏽 #mobwife #mobwifevibes #mobwifeera
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
