Old Money Fesyen & Estetik: Ini 10 Inspirasi Gaya Princess Diana

10 Outfit Terbaik Princess Diana Bawa Estetik Old Money

Fesyen sentiasa berubah arus namun estetik old money tidak pernah lapuk dek sama. Kebelakangan ini, fesyen old money telah menarik perhatian Gen-Z dan kian menjadi bualan di media sosial. 

Jika anda lihat fesyen yang trending di TikTok sekarang, dua estetik yang kian naik iaitu Y2K dan old money. Estetik old money lebih fokus kepada gaya klasik yang berkualiti. Tujuan fesyen ini adalah untuk menghasilkan look yang clean dan bergaya yang memancarkan aura moden.

Jika anda lihat di Pinterest, Sofia Richie antara generasi terkini yang menaikkan lagi nama estetik ini. Bahkan padanan fesyennya cukup klasik dan minimalis, membuatkan ramai menjadikan dia sebagai inspirasi.

Apa Itu Estetik Old Money?

Old money pada asalnya merujuk kepada golongan bangsawan atau orang ramai. Golongan elit kaya zaman dahulu, mereka lebih fokus pada kualiti dan warisan. Gaya yang elegant dan casual untuk tampil klasik berkualiti tinggi yang tidak pernah ketinggalan zaman. Estetiknya sepadan dengan preppy look yang popular beberapa tahun lalu tetapi dalam versi yang lebih bergaya.

Fesyen old money seperti sut, pakaian klasik, baju polo dan loafer. Tona neutral serta warna yang lebih gelap dan kaya yang biasanya dilihat. Matlamatnya adalah untuk kelihatan elegant dan selesa dalam pakaian anda.

Aksesori juga memainkan peranan penting seperti rantai mutiara, beg tangan kulit dan jam tangan mewah. Ia menambah lagi appeal pada keseluruhan look anda.

 

Old Money Fesyen & Estetik: Ini 10 Inspirasi Gaya Princess Diana

Cedok Gaya Inspirasi Old Money Dari Princess Diana

Dua puluh lima tahun selepas kematiannya, fesyen Puteri Diana sentiasa menjadi bualan warganet di akaun TikTok sebagai estetik “Old Money”. Outfit Puteri Diana terus memberi inspirasi kepada generasi baharu dan fesyennya kekal berpengaruh seperti biasa.

1.Top with Skirt

Tampil basic namun simple dan chic, Diana memakai knit sweater lengan panjang dan pleated skirt berwarna putih

2. Pencil Skirt

Gambar ini dirakam semasa mendiang menghantar Putera William ke taska, Princess Diana tampak anggun memakai skirt pensil kelabu dan baju kemeja bergaris-garis.

Old Money Fesyen & Estetik: Ini 10 Inspirasi Gaya Princess Diana

3. Outdoor Outfit

Berpakaian santai untuk bersiar-siar di seberang halaman di Guard Kelab Polo, Lady Diana memakai seluar skinny jeans bersama dengan kemeja dan juga blazer sertabut lutut tinggi. Gabungan fesyen klasik dan moden inilah yang membuat pakaian ini tampak estetik old money.

Old Money Fesyen & Estetik: Ini 10 Inspirasi Gaya Princess Diana

4. Two toned Outfit

Princess Diana memakai jaket dan skirt houndstooth dua warna di majlis anak saudaranya iaitu Puteri Eugenie. Padanan two toned outfit ini sangat chic dan seringkali cuba dihidupkan kembali oleh fashionista sekarang.

Old Money Fesyen & Estetik: Ini 10 Inspirasi Gaya Princess Diana

5. Preppy Casual

Puteri Diana di kawasan luar bandar Highgrove pada Julai 1986,  memakai baju putih berkolar di dalam dan outewear berwarna merah jambu bersama seluar bercorak kotak. Outfit ini kelihatan sangat ceria dan selesa untuk dipakai.

6. Basic Outfit

Puteri Diana memakai seluar jeans jenis straight-legged dan kemeja putih tetapi tampak sangat stunning.

Dalam gambar lain perjalanannya ke Bosnia, Puteri Diana memakai baju merah jambu pucat dan seluar jeans hitam. Selain itu, Princess Diana juga  memakai sepasang loafers kulit hitam.

7. Tween-inspired Outfit

Menghadiri perlawanan di Kelab Polo Pengawal pada tahun 1983, Princess Diana nampak seperti remaja. Tampil dengan baju sejuk Muir dan Osborne bercorak kambing hitam. Outfit ini menonjolkan keperibadiannya yang cheeky.

8. Pattern Outfit

Pada April 1983 Lady Diana di pembukaan Bourke Street Mall di Melbourne, Australia. Memakai dress rona putih bercorak polka-dot serta bersama jacket rona merah. Tidak lupa juga dengan tas tangan dan kasut tumit tinggi berwarna merah.

9. Fair Isle Fantasy

Mendiang menyarung baju sejuk dan turtleneck yang dipadankan dengan seluar korduroi dan but hujan. Country style ini sememangnya simple namun nampak sangat chic apatah lagi mendiang hanya menggunakan jam tangan sebagai aksesori utama.

10. One set Outfit

Princess Diana menggegarkan dunia fesyen apabila dia menyarung one piece suit dalam rona terang. Pada zaman 90-an suit rona hitam mahupun biru gelap menjadi pilihan wanita korporat. Namun di sini mendiang memilih untuk memakai sut Versace berwarna jingga sambil membawa beg tangan mewah Dior semasa berada di London.

Old Money Fesyen & Estetik: Ini 10 Inspirasi Gaya Princess Diana

Sekiranya anda berminat untuk menyarung gaya old money, anda juga boleh mencedok inspirasi daripada jenama-jenama fesyen hyper luxury seperti Hermés, Loro Piana, mahupun Brioni. Pastikan look anda simple dan terletak elok pada tubuh untuk penampilan yang bersahaja.

Artikel Berkaitan : Putera William Dedah Momen Paling Menyedihkan Tentang Kematian Puteri Diana