Tunku Elana Khyra Jadi Rakyat Malaysia Pertama Dijemput Menghadiri Cannes Film Week
Festival De Cannes Film Week Asia akhirnya membuat kemunculan debutnya di destinasi budaya terkenal, K11 MUSEA dengan malam pembukaan gilang gemilangnya pada 12 November lalu. Diketuai oleh Adrian Cheng, pengasas K11 Group dan Thierry Frémaux, perwakilan umum Festival de Cannes, acara pembukaan rasmi minggu ikonik ini dibuka bagi menyoroti budaya sinema di Hong Kong seterusnya merentasi Asia.

Ketika acara, kelihatan ramai golongan elit industri filem Hong Kong hadir memeriahkan acara seperti pengarah Wong Kar Wai, pengarah filem Ann Hui, pengarah Johnnie To, pengarah Yonfan, pengarah Teddy Robin, pengarah Flora Lau, pengeluar Yvette Tang dan sinematographer Christopher Doyle menghadiri majlis pembukaan samnil beramah mesra dengan pengarah dan pelopor terkemuka dari Festival de Cannes ke-72 termasuk pengarah terkenal di peringkat antarabangsa, Jean Pierre & Luc Dardenne. Yang menariknya, satu-satunya wakil tunggal dari Malaysia, Tunku Elana Khyra turut hadir menyerikan suasana. Menyarung busana berona hijau nyata menyerlahkan penampilan Tunku Elana.

Pengasas K11 Group Adrian Cheng bersama YM Tunku Elana Khyra.
Menerusi kepsyen di Instagramnya, ternyata Tunku Elana Khyra teruja menjadi rakyat Malaysia pertama dijemput khas untuk membuat penampilan pada Festival De Cannes.
“I am honored to be here at K11 MUSEA, and to be the first Malaysian invited to Asia’s inaugural Cannes Film Week. It’s been an amazing opportunity to connect, meet and share ideas with like-minded film enthusiasts, creatives and industry influencers,” jelas YM Tunku Elana Khyra.
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
