fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Seni Tradisi
The Roaring Hearts: Christinna Kuan, Glenn Yong & Johanis Sani
Perhiasan Barang Kemas di Hamparan Merah 2015
Coach Airways Beri Pengalaman Beli-Belah Berbeza
Evolusi Tenaga Dan Gerakan
Home > Fesyen > SERVIS KASUT MADE-TO-ORDER PRADA KINI DI MALAYSIA

SERVIS KASUT MADE-TO-ORDER PRADA KINI DI MALAYSIA

Prada MtO Micro 16-2

 

Jika diintai kembali ke musim bunga tahun 2011, kasut brogue wanita daripada jenama Prada merupakan antara ikon fesyen pada masa itu dan kini jenama ini membawa semula stail kasut wanita terkini dengan sentuhan yang berbeza untuk peminat fesyen. Hanya untuk tempoh yang terhad, koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di butik Prada di Pavilion.

 

 

Prada MtO Micro 16 -3

 

Projek terbaru ‘Made-to-Order lace-up shoes’ Prada ini menawarkan ruang untuk anda menghasilkan kasut yang sesuai dengan stail personal anda dan diserikan 29 kombinasi warna untuk permukaan atas kasut, manakala 6 pilihan warna untk tapak kasut yang datang dengan ketinggian 30mm dan 65mm.

 

Kasut yang ditempah boleh didapati dalam tempoh 90 hari dan projek istimewa ini akan ditampilkan di Prada Pavilion dari 13-16 Mei 2016. Terdapat juga pelbagai jenis kulit dengan kualiti yang terbaik untuk anda rebut. Tampil penuh bergaya dan lengkapkan persalinan anda dengan penuh stail bersama kasut Prada yang cukup unik ini.