Koleksi S/S 18 Michael Kors Ibarat Sebuah Percutian Chic
Himpunan Michael Kors Collection Musim Bunga 2018 Adalah Perihal Percutian Mewah Yang Cukup Menenangkan

Michael Kors bersama Sara Bareilles
Foto JP Yim/Getty Images for Michael Kors
Teks: Yana Baharudin
Berada dalam perkarangan dewan Spring Studios sewaktu pementasan sebentar tadi disuntik dengan satu perasaan yang cukup selesa, calm dan tenang. Set pentas iaitu laluan catwalk yang direka dengan kayu yang dicat putih beserta kerusi kanvas yang sama menghiasi kebanyakan persisiran pantai-pantai mewah. Tambahan, simbahan cahaya matahari terik dari luar dinding kaca lalu terbiasnya awan biru umpama sudah berjanji untuk sama-sama meraikan himpunan musim bunga ini.
[envira-gallery id=”71382″]
Pentas dibuka dengan dress pendek beserta shawl yang meriahkan dengan teknik tie&dye merah jambu bersama beg anyam kulit. Khabarnya, koleksi ini juga merupakan kesinambungan pengembaraan Kors melalui himpunan Resort yang lepas. Disebab itu, ia sengaja diselitkan dengan unsur gaya dan potongan yang seakan sama dari koleksi lepas. Skirt inspirasi sarong, kimono dan pajama yang dikatakan dapat menghembus attitude yang lebih relaks dibalas dengan suntikan maskulin, blazer oversized yang lebih laid-back. Ini seiring dengan kunci gaya kekuatan Kors iaitu feminin bertemu maskulin hampir untuk kesemua looknya. Dia mahu setiap rekaan kasual juga masih relevan untuk digayakan ke pejabat. Juga, helaian glamor masih dapat dimadukan untuk acara kasual. Seperti seluar lebar labuci dari motif daun palm ini yang digayakan bersama kemeja putih polos dan disudahi hanya dengan memakai selipar!
Ceraian kegemaran Michael Kors sendiri untuk koleksi S/S 2018:
[envira-gallery id=”71383″]

Muzik latar catwalk oleh Sara Bareilles dan band.
Foto JP Yim/Getty Images for Michael Kors
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
