Amelia Henderson Is In Control
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioBERTATIH DI DALAM DUNIA SENI SEJAK BAYI, MEMBUATKAN AMELIA HENDERSON BIJAK MENYUSUN STRATEGI PERJALANAN KARIERNYA, WALAUPUN KADANG-KALA BERLIKU, SHE IS ALWAYS IN CONTROL.
pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASSIM pengarang seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM
gambar Nelson Chong solekan KHIR KHALID dandanan CKAY LIOW teks IZZATI SAADIN busana & aksesori FENDI
Amelia tiba di studio dengan cukup energetik walaupun sesi penggambaran ini jatuh pada hari liburan iaitu hari Ahad. “This is the only day that I’m free, dan saya betul-betul mahu lakukan shoot ini,” jelas Amelia agak serba salah kerana perlu bekerja di hujung minggu. Bagaimana ceria dan terujanya dia ketika waktu pertama kali saya menemu bual dia 10 tahun yang lepas, begitulah Amelia sekarang ini.
So cheerful tapi pada masa yang sama boleh merasakan vibe yang lebih matang daripada wanita kacukan India dan Scotland ini. “What is your secret to success?” Soalan pertama saya untuk Amelia Henderson ekoran kerjayanya sekarang yang semakin membuahkan hasil. “Saya tidak pasti sekiranya saya mempunyai ‘secret recipe’ untuk berjaya, tapi mostly saya boleh katakan dalam setiap usaha mesti mempunyai ‘luck’ maka barulah ia menjadi. Jangan pernah berputus asa, berkerja keras dan sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukan dan yang paling penting stay humble. Itu yang paling hampir saya boleh jelaskan rahsia kejayaan saya. Ia penting bagi saya terutamanya jika saya ingin kekal lama dan relevan di dalam industri ini.”

“Adakah you consider yourself lucky?” “Yes, I can consider myself lucky tapi bukanlah bertuah seperti yang kita duduk kosong, then rezeki datang bergolek. Saya boleh katakan saya bertuah kerana bermula karier sangat awal, jadi saya sudah struggle terdahulu, nak dibandingkan kalau saya baru nak bermula sekarang sudah tentu saya perlu lebih berusaha keras, jadi usaha dulu dan luck will come along” ujar Amelia Henderson.
Sorotan LainTrend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama
Inspirasi Busana Ramadhan Ilham Massimo Dutti
Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman
Himpunan Gaya Terkini Miley Cyrus Yang Penuh Stylish
Gaya Solekan Menawan Daripada Pentas Peragaan Milan Fashion Week
Ilham Busana Malam Barbara Palvin
View this post on Instagram
Agak mustahil untuk tidak mengenali siapa Amelia Henderson, jika tidak kenal nama pun, wajahnya cukup familiar. Terutamanya untuk generasi sekarang, sememangnya membesar melihat wanita ini membesar di kaca TV. Wajahnya sering menghiasi komersial-komersial hebat.
“Jadi bagaimana you rasa membesar in the spotlight?” “Saya sentiasa melihatnya dari sudut yang positif, mungkin ada masa saya berasa tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang sepatutnya saya nikmati seperti kanak-kanak lain. Tapi apabila saya makin membesar, saya melihat ia sebagai satu kelebihan, di mana saya bertapak awal di dalam industri ini jadi lebih banyak yang saya dapat belajar dan ia sangat banyak membantu saya to be where I am now. Of course it was challenging, untuk saya bekerja pada usia yang sangat muda, ada kalanya saya tidak faham dalam apa yang dilakukan, tapi ia satu peluang yang cukup besar untuk saya berkembang dalam industri.
Baca Lanjut dalam GLAM September 2023
Artikel Berkaitan: Ini Era Sharifah Rose
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
