Inspirasi Busana Ramadhan Ilham Massimo Dutti
Himpunan idea bergaya untuk sambutan Ramadhan dan Syawal mendatang! Massimo Dutti menyajikan sejumlah trik padu padan bersifat ‘festive’.
Dalam rangka menyambut bulan Ramadhan, Massimo Dutti telah menyiapkan kempen dan koleksi terbarunya yang ditujukan untuk fokus kesucian dari bulan tersebut. Momen Ramadhan yang hanya hadir sekali setiap tahunnya, memberi idea buat Massimo Dutti memperkenalkan ragam koleksi termasuk aksesori, memanfaatkan spirit dari bulan mulia ini sehingga mampu menciptakan kesan istimewa.

Satu koleksi yang bijak, yang mana untuk mengoptimalkan gaya sehari-hari para wanita saat memasuki bulan baru. Dengan pelbagai warna dan nada khas serta membawa seri terbaru yang merangkumi atasan, bawahan dan pakaian luar. Dari jaket ringan ke kemeja longgar, juga seluar berpotongan lebar dan produk kulit untuk melengkapi penampilan gaya hidup.
Demi hasilkan koleksi yang menawan, khususnya yang sesuai untuk dikenakan selama bulan Ramadhan mahupun Syawal nanti, koleksi ini berpotongan khusus yang menciptakan siluet tajam dan detail terpenting. Menawarkan fabrik yang lembut dan ragam warna serta tampilan zip dan butang yang tegas. Mengulik keindahan bergaya musim ini, sambil itu menginterpretasi gaya moden. Karakter gaya yang memaut pada koleksi ini menyimbolkan kesederhanaan, namun tetap memberikan sentuhan rasa kontemporari padanya.

Massimo Dutti Saji Gaya nyaman lagi elegan
Melalui percampuran fabrik dan kefungsian, menawarkan koleksi bersiluet longgar dan nyaman untuk anda kenakan seharian. Terlihat, kesederhanaan diwujudkan melalui permainan warna semula jadi dan corak seni, memberikan jiwa pada ragam rekaan yang terkandung.
Ton warna tanah yang mendominasi memberi sifatnya yang mudah digayakan dalam pelbagai aktiviti dari kumpul santai bersama sahabat dan keluarga, ke pejanat bahkan hingga beberapa acara rasmi kasual. Sebagai idea buat wanita berhijab pula, dress dan kemeja dress terlihat ‘stylish’ jika dipadankan dengan penataan gaya hijab yang klasik atau moden. Tentu sahaja menonjolkan lagi gaya ‘modest’ sepanjang musim Ramadhan nanti.

Gaya elegan turut terkesan melalui penggunaan fabrik, yang mana tampilan tekstur kapas dan linen yang menyeluruh bernuansa kasual elegan.
Beg tote woven juga ditawarkan dalam koleksi ini, yakni sebagai pelengkap gaya dan meningkatkan lagi penampilan. Dan beberapa aksesori lain, sekaligus menjadi sebuah ekspresi gaya yang jauh dari kata membosankan.
Terokai dan beli-belah koleksi Ramadhan Massimo Dutti di butik dan MassimoDutti.com/my.
Artikel berkaitan: 7 Gaya Unik Doja Cat Di Minggu Fesyen Paris
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
