Style Rules Supermodel Izabel Goulart Bersama Jimmy Choo
Dengan penampilan di 16 muka hadapan majalah antarabangsa, 34 editorial dan 50 pengalaman pertunjukan fesyen, supermodel Izabel Goulart menarik perhatian Jimmy Choo untuk menerokai peraturan stail yang diamalkan oleh Izabel untuk tampil sentiasa bergaya walaupun pada hari santai. Dengan itu Jimmy Choo memetik aura dan karisma Izabel untuk menggayakan koleksi Pra-Luruh 2018 mereka melalui kisah Evening and Getaway sewaktu Festival Filem Cannes 2018 pada bulan Mei yang lalu.
1. Tampil maskulin dengan sepasang brogues

Gambar Christian Larson
Izabel mempercayai sepasang kasut yang sesuai adalah kunci utama untuk stail karpet merah yang menawan. “It’s the shoes that really set the tone for an outfit, whether it’s heels or lace up flats.”
2. Kaca mata hitam untuk sentuhan glamor Hollywood

Gambar Christian Larson
Melalui 20 tahun pengalamannya sebagai seorang model dan juga beberapa penampilan atas karpet merah Festival Filem Cannes, Izabel juga sering memadankan look yang dipilih dengan sepasang kaca mata hitam untuk sentuhan glamor dan misteri seorang bintang Hollywood.
3. Padanan sniker untuk evening look yang unik

Gambar Christian Larson
“I always opt for something new, simple and sexy. For me, it’s really important to keep things easy and not too fussy—you want to be as relaxed as possible so you can enjoy yourself.”
4. Seru semangat bintang filem yang terpendam

Gambar Christian Larson
Ia menjadi lebih mudah buat Izabel untuk menyalurkan keyakinan seorang selebriti dengan pengalaman lakonannya, namun Izabel akui dia memilih aktres Julia Roberts dalam filem popular ‘Pretty Woman’ untuk mendapatkan keyakinan tersebut.
5. Know your angles

Gambar Christian Larson
Sering menghiburkan 4.3 juta pengikutnya di Instagram, Izabel telah mengkaji teknik-teknik terbaik untuk selfie paling menawan dan anda hanya perlu memberi fokus kepada tiga perkara: pencahayaan bagus, sudut yang baik, dan jurufoto yang hebat.
6. Tampilkan sisi glamor yang anda idamkan

Gambar Christian Larson
Setiap orang mempunyai sisi glamor dalam diri mereka. Tidak menjadi masalah jika sekali-sekala anda memanjakan diri anda dengan layanan penuh glamor untuk meningkatkan keyakinan diri atau to just feel good about yourself.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
