Singkap Trend Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2021
SEMAK TIGA TREND UTAMA LAIN YANG MEMBENTUK KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK 2021.
BUBBLE SHAPE
Kot trench, gaun langsing menuruti tubuh tidak menjadi fokus gaya musim ini. Sebaliknya, potongan berganda, berbentuk ‘bubble’ atau cocoons pula yang tampil ligat menguasai pementasan musim luruh. Ia jauh lebih playful, dengan manipulasi moden pada polanya, ciptaan lebih berat melalui penggunaan fabrik juga corak yang meliputinya. Menjadikannya satu rekaan segar, terbukti ‘pumped-up’ lalu mengolah pemahaman “new couture”.
Jujurnya, siluet sebegini tampak moden, pada masa yang sama kelihatan futuristik. Sesuatu yang bakal mendefinisikan gaya untuk era baharu. Stail ini juga sudah mula rancak ditampilkan di karpet merah. Begitu mencuri tumpuan, setelah sejumlah helaian yang muncul dengan bahu puffy, dan kembang dari atas sampai bawah. Gaya yang cukup realistik juga logik pada dasarnya. Kerana saatnya disarung ia menaikkan seri si pemakai.
Louis Vuitton, Loewe, Thom Browne, Saint Laurent, Miu Miu dan Bottega Veneta menggunakan inspirasi ini bagi menerbitkan gaya mewah era baharu.
Y2K
Trend Y2K dipopularkan kembali, setelah ramai dari golongan “Gen Z” yang tampil playful dalam trend tersebut. Klip rambut, beg sandang, skirt mini dan rantai manik, mengingatkan semula kepada gaya ikonik penyanyi remaja Disney. Britney, Mandy Moore, kumpulan A*Teens, Hilary Duff, dan ramai lagi, dijadikan inspirasi gaya Y2K. Gen Z ternyata suka mencabar kreativiti dan dilihat menggayakan pakaian yang dirasakan dekat dengan jiwa mereka.
Pendedahan trend Y2K atau milenium yang meluas di TikTok khasnya, telah memberi inspirasi rumah fesyen untuk persembahkan rekaan bernuansa Y2K. Miu Miu antara yang terawal mengeluarkan koleksi berpaksi trend Y2K. Dress cardigan bercorak atau belang, padanan bersama skirt mikro mini, cropped top terlihat menjadi taruhan hebat di rumah fesyen, seperti Coach, Versace, Vetements dan Off-White.
Bottega Veneta dan Dior juga menghadirkan pelbagai interpretasi gaya berpengaruh Y2K, termasuk skirt mini dan kardigan dizahirkan musim ini. Trend Y2K bakal terus berkembang beberapa musim lagi, apa lagi penyanyi masa kini, Dua Lipa, Ariana Grande, dan Olivia Rodrigo kerap menggayakan trend Y2K pada setiap penampilan.
MODERN TRAVELLER
Alam bukan lagi satu aspek yang janggal dalam koleksi fesyen. Malah, alam dan faktor semula jadi kekal menjadi inspirasi kebanyakan pereka fesyen. Apa lagi, dalam waktu pandemik, pereka fesyen mengambil citra alam dan kehidupan sebagai pendekatan utama untuk menyiapkan koleksi khusus.
Aspirasi alam yang mementingkan gaya utiliti unik, bebas dan mewah membias keseluruhan himpunan yang disifatkan sebagai suatu kelainan terbaru. Miu Miu menghadirkan koleksi yang memfokuskan kepada kembara alam di pegunungan Alps. Merentasi bumi Alps di sebalik kehadiran kombinasi budaya dan aktiviti ski yang cukup terkenal saatnya liburan musim dingin. Puffer besar, helaian kait, but tebal dan hiasan kepala yang menjiwai aktiviti ski, dieksplorasi secara moden dan segar.
Burberry, Coach, Chanel dan Givenchy antara rumah fesyen yang menerokai kembara dan alam lalu dipersembahkan menjadi satu koleksi penuh.
Artikel berkaitan: Trend Utama Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2021
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.












